Iklan

Sharemyloves Geng!

22 April 2011

Tips berguna untuk mengadap kertas exam!

Salam. Semalam sunyi seketika. Sedang menjalani proses pemerahan otak. exam.exam.exam. Hari ini rasa di awangan, macam tak jejak kaki kat bumi. Ngantuk, lesu badan, penat, semput, tak larat, tak sehat semuanya ada. Dugaan zaman bercinta persekolahan kot??. Hehehehe. Aku nak kongsikan today ialah, bagaimana perasaan dan keadaan ketika menjawab soalan exam. Okeh! seperti semua sedia maklum, peperiksaan akhir memang adalah klimaks dalam setiap apa yang telah kita pelajari. Jadi sememangnya fizikal dan mental diperlukan untuk menempuh peperiksaan besar sebegini. Jangan suka study last minit sebab.sebab.sebab. nanti BLANK!. kalau sudah kekdahnya blank time menjawab exam, memang naya ye kalians. Mau jugak menangis tak berlagu bila dapat result nanti....

terang nye kaler sepersalinan daku....

Okeh, cuba amalkan tips ini ye kawan-kawan:

1) sms mak untuk dapatkan restu..ingat sms saja...jangan call kang banyak punya bebelan orang tua itu.
2) pakai warna yang terang-terangan untuk menaikkan mood dan semangat tika  menjawab exam (nampak tak TUJUAN aku pakai kaler Turquoise itu)?
3) jangan makan terlalu kenyang, sebab nanti kena masalah perut yang terlalu cepat mencerna (kang ulang-alik ke tandas berkali-kali pulok!)
4) jangan sampai lewat ke dewan peperiksaan kerana, kelewatan kita nanti mungkin akan menggangu emosi tika nak jawab exam. kalau dah menggelabah...sapo nak tolong ekau kang??
5) jangan baca nota kawan, rakan, classmate dan  sewaktu dengannya 5 minit sebelum masuk dewan. Kang lagi haru korang nak hafal nota orang lain yang mungkin tak sama dengan nota korang..ish.ish.ish. Lagi confuse kang...!
6) cubalah pakai jam tangan, dan jangan harapkan jam besar di dewan, dibuatnya jam besar tuh habis bateri..hah! tak ke haru korang terkejo-kejo nak menjawab.
7) pakailah baju yang tebal sedikit, sebab mungkin dewan peperiksaan itu  sangatlah sejuk dan ianya akan menganggu kosentrasi anda tika menjawab soalan. sebab pakaian jugak melambangkan personaliti anda, avoid t-shirt - I LOVE BIEBER- or.or. t-shirt bertulis - SAYA SAYANG AWEK SAYA- tika mengambil exam =)
8) Kalau boleh jauhkan diri dari duduk bersebelahan rakan anda yang terlampau over teror, sebab nanti bila tengok kertas jawapan yang berjela-jela dia tulis akan menjadikan kita -PSIKO- sorang2.
9) Jangan bawak "toyol", sebab "toyol" itu mungkin boleh menjadi penyebab anda dibuang universiti. Paham?
10) Bawaklah pen lebih, jangan lah memang gamble gila...nak bawak sebatang saja pen. Dengan harapan dakwat pen korang tak pernah kering-kering. 

antara kelengkapan sebelum ke dewan exam

hi. kawan-kawan sekelas!

Wahetver it is. The best thing ialah selalu berdoa, dan berusaha. Kalau doa saja baca buku, ulangkaji, buat latihan pun malas...yang hadoooo? Lu pikirlah sendirik. Apa-apa pun memang tabik spring dekat kawan-kawan sekelas yang bermotivasi tinggi untuk meneruskan pelajaran even ada yang bernak 5, 4, 3 orang. Yang menjadi isteri dan pekerja dalam masa yang sama dan juga.....yang memang teguh dan tekun berusaha untuk berjaya. Jangan ingat bila kita jadi, kerani kita nak jadik kerani sampai mati..jangan ingat bila kita jadi pak guard, kita nak jadi pak guard sampai mati. Renung-renungkan dan selamat beramal.

tata!

That's all folks!
tata.titi.tutu.

14 comments:

bArdbOO said...

dulu ms time exams y slalo kol mak..x sms, nnt dia x baca..hehe..

Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

nurulfzz said...

jom ramai2 memeriahkan contest nie =)

Contest Kisah Chentaku

amiey lee said...

suka tips ni..

especially yang pakai baju terang2 tuhhh..

rara pinkmafia said...

heheheheeheh terang nya.pakai merah leh x?hehee

ShidaGhazali said...

assalam...nice entry..if sy still blaja ni, harus jd ikutan ni..hehe

btw..mmg betul tips tu. lagi2 yg duk tepi student over cerdik..heheh

blh putus idea time tu bila tgk jwpan dia..

Natasha Farina Arifin said...

bardboo: tahniah ler sebab rajin kol mak. saye taleh kol pepagi kang ada yang tak amek exam dok dengar mak bebel..hehehe!

Natasha Farina Arifin said...

amiey lee: saye pun suka tips rekaan saya sendiri cenggini....=)
rara pinkmafia: pakai merah, ijo, kelabu, yeloow pon boley2....

Ayuni said...

nice tips!

Aziela said...

Waa...terang betul kaler...mesti jawab soklan dgn cemerlang nie. Salam perkenalan. Balas kunjungan...

Natasha Farina Arifin said...

shida: semua boleh terai ini tips tau...tiada yang mustahil..cewah! hehehe

Natasha Farina Arifin said...

ayuni: tengkiu dear..sila praktikkan tau!
aziela: terang kaler baju untuk bagi pengawas peperiksaan noticed kita..hehehehe..kot2 dia ley tolong...hehehe!

Qaseh dalia adelia said...

ALA DAH LEPAS SPM HEHE ..

MamaEma said...

dah lama tinggal waktu study ini...terasa rindunya...

AkmaFaizal said...

Selamat pekse la yek...Good Luck :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...