Iklan

Sharemyloves Geng!

12 April 2011

Satu rahsia...dikongsi bersama!

 
 
As salam. entry harini nak bercerita mengenai kita dan gambar perkahwinan masing-masing. Kadangkala sesetengah bakal pengantin sanggup membelanjakan duit untuk mendapatkan khidmat jurugambar yang bertaraf profesional untuk merakam detik-detik indah perkahwinan mereka kan?. Iyelah kawan-kawan. Kahwin cuma sekali dalam hidup, jadi haruslah kita memilih yang terbaik untuk merakamkan detik-detik indah kita kan? Bagi aku cukuplah sekadar yang termampu. Dan gambar pun hanya diambil ketika outdoor session selepas perkahwinan kami. Bukan tidak mahu bergambar didalam studio tetapi kadangkala dengan rate price yang sangat melampau dan tidak reasonable, membuatkan pasangan pengantin berfikir 2,3 kali untuk bergambar di studio. Pengalaman aku sebagai pengantin tahun lepas, banyak mematangkan aku. Bila terfikir balik, memang banyak sangat duit yang dilaburkan untuk merealisasikan sebuah perkahwinan. Tapi jika kita lebih berkemampuan itu ok, namun bagi yang tak mampu, memang harus berfikir dua, tiga kali.
 
 
Hehehehe. Mukadimah sangat panjang. Karangan budak tingkatan dua lagaknya entry hari nih. Hehehehehe. Secara jujurnya, aku memang tak ada langsung gambar di studio, dan semuanya dilakukan outdoor di area Pullman, Putrajaya. Seriously, pemandangan yang cantik dan cuaca yang indah memudahkan kerja jurugambar-jurugambar tika itu. Tetapi pengalaman pengantin yang terpaksa meredah pasir dan batu-batu di tepian tasik buatan itu tersangatlah tidak seronot!. Huahuahua! Namun alhamdulillah berkat kesabaran dan kecekalan, cewah! maka hasilnya sangat cantik. Dan kerana keterroran budak-budak photographer ini yang masih amateur maka siaplah gambar perkahwinan kami. 
Mesti ramai yang pelik kenapa dah setahun kahwin baru nak cerita pasal gambar kahwin kan? Ok. Ini serius sikit. Oleh kerana kebanyakkan belog orang yang baru berkahwin akan menempelkan gambar perkahwinan sebagai bukti tanda mereka sudah berkahwin dan untuk mencantikkan belog masing-masing kan?. Ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan photographer mereka serta. serta. serta... mungkin anda akan di approach oleh beberapa golongan yang berminat dengan hasil kerja jurugambar anda....Jadinya, tidak salah untuk menpromosikan apa-apa sahaja gambar di belog masing-masing kan...hehehe! Mana tahu mungkin satu hari nanti media dari oversea yang berkenan dengan gambar anda dan approach untuk meminjam gambar anda bagi dipublishkan di sana? Hehehehe. Who knows rite?...
Dan kerana gambar kahwin aku di belog ini juga ada satu suprise yang menanti aku nanti...berdebar sikit tapi tetap cool. hehehehehe! Apekah dia? Biarlah rahsia dahulu....
That's all folks!
 
 
Moral of the story: Marilah ramai-ramai saratkan belog dengan gambar yang cantik-cantik dan menarik! 
Hopefully bila kita happy, moga orang lain turut happy melihat hasil kerja kita..=)

2 comments:

AkmaFaizal said...

wah..dah ade wall paper mey...yerlah..gambo kawin ko cantik2. aku takdo gambo kawin cengini...huhu

Natasha Farina Arifin said...

kema: ala semua org ado gambor kawin kan...mestilah nak captured a moment with the love one gitu..huhuhuhu...pada aku cantik ke idok tak penting but yg penting ada pics kawin sebagai kenangan kan?

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...