Iklan

Sharemyloves Geng!

13 April 2011

Perihal Sengugut, Sakit Perut dan Period Pain



Salam kawan-kawan. Topik arini agak luarbiasa pada sesetengah orang tetapi pada aku ianya sangat biasa terjadi. Senggugut atau period pain adalah masalah utama sesetengah kaum wanita. Baik anak dara sehingga yang dewasa, sengugut ini biasanya berlaku ketika datangnya haid pada hari pertama atau hari yang kedua. Eh? kenapa aku sentuh topik nih pulak? Bukannya apa, aku cuma nak share benda yang aku alami setiap bulan sejak berusia 12 tahun yakni, pertama kali datangnya period sehingga kini. Mungkin ramai jugak yang mengalami benda yang sama kan...? Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala senggugut sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, senggugut boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.
Pelbagai mitos dan tanggapan diperkatakan tentang period pain kan?. Ada yang cakap sebab period pain buatkan wanita tidak subur, susah nak hamil dan macam-macam lagilah. Bila balik kampung, makcik-makcik sibuk bagitau...ele, dah kawin nanti hilanglah senggugut tuh... Tapi aku nih tetap sama kekdahnya! Dah kawin dekat setahun, tetap sakit  senggugut every month.

bila sakit muka macam kangkong goreng belacan...


Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea (period pain). Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.  - retrieved from sini
 
Setelah di Google sebenarnya, ada dua bentuk senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer adalah senggugut yang berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid seperti yang aku alami sekarang.  Dan sebab terjadinya period adalah berpunca daripada  urat-urat darah vena yang banyak bengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim. Jadi kemungkinan masalah pembengkakan urat-urat darah ini ketika haid berlaku menyebabkan sakit senggugut. Ini kita umpamakan seperti penyakit migrain yang mana urat-urat darah dalam kepala menyebabkan kita mengalami migrain. 

Gejala paling umum bila senggugut ialah:
# Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.
# Sakit ketika mengadakan hubungan seks.
# Sakit dalam usus ketika haid.
# Sakit ketika buang air kecil.
# Abdomen (perut) kembung ketika haid.
# Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.
# Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).
# Cirit-birit atau sembelit. 
 
Namun begitu, senggugut primer juga tidak dikaitkan dengan masalah kesuburan.   Ini bermakna korang tidak perlu takut kerana ia tidak menjejaskan korang untuk untuk hamil selagi korang mempunyai haid yang teratur dan sempurna setiap bulan.  Yang penting korang perlu menjaga berat badan bila berkahwin nanti. 
Bagi rawatan atau cara untuk cure aku tak berapa arif, ada setengah orang memang tahap kritikal yang sampai kena jumpe gynae (Pakar O&G), tapi untuk aku, cuma makan ponstan atau paracetamol, hampaq toto, pakai stokin dan bum-bum tidoq sajork. Hat lain memang tak jalan. Dah cuba makan jamu, berurut, minum akar kayu, minum air kunyit bagai...yang hado?? tetap sakit every month. Bila sakit tahap gaban dan pi check up dan tanya doc..apekah satu kesalahan bila makan ponstan. Doc pun jawab... Itu adalah salah satu cara untuk tahan sakit sengugut. So, bila no objection...aku pun jadi pendamping yang setia dengan ponstan every month. 

hello darling b...

Selain itu lakukan ini tau kawan-kawan; 

  • Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Korang boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda period pain. Pastikan korang makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang period pain.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. Atau guna saja bantal air panas yang di caj elektrik terbaru di pasaran itu juga sangat membantu tau!
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri korang. Jika korang pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas  mengambil pil penahan sakit. Dalam erti kata lain, tidoq akan mengurangkan kesakitan!
nah inilah bantal caj lektrik yang sangat berkesan itu!


Hehehehe. Dah rasa macam doktor pakar @ mak bidan kampung dah aku arini. Itu sajalah yang yang dikongsi bersama. Al-maklumlah, dalam kita sihat sejahtera, kadang-kadang penyakit datang tanpa diundang kan? Jadinya kita haruslah lebih extra care untuk kesejahteraan diri kita sendiri. Nanti takdelah kalau sakit, dok meroyan sorang-sorang dan tak tau ape next step untuk release sakit kan? kan?. 

That's all folks! Tata...

4 comments:

WaWa_EzRiLL said...

cik cha baru aku tau ari ni ada senggugut sekunder primer.. hok alohhhh

noyis gila kentang~~ said...

akak kene tag.:)

http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2011/04/ga-perkenalan.html

Natasha Farina Arifin said...

cik wa: hehehehe...ilmu tuh...dah berjasa aku pada hang hari nih..tau xpo!

syiekin azam said...

salam,

saya pun memang ada senggugut yang teruk..siap dah ada endometriosis..lps bersalin cyst tumbuh balek dan senggugut pon tak pernah hilang sejak 1st period mase budak2 dulu..orang kata lps kawen dan bersalin senggugut akan hilang, tapi tak pon..before proceed dgn option operation buang cyst, amik pil hormon ataupun pregnant lg skali(sbb mase tue masih breastfeed anak, jd tak plan amik pil hormon dan pregnant), saya cube pakai PB korset..alhamdulillah sejak pakai PB, tak pernah kene senggugut, dan cyst pon mengecut..sudi jengok my entry utk kisah endometriosis saya..dari kisah sebelom pakai PB, hinggalah sekarang..:)

http://mamafaizzhafran.blogspot.com/2012/02/endometriosis-update.html

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...