Iklan

Sharemyloves Geng!

11 April 2011

BerMaharaja Lawak Bersama-Sama..Secara LIVE!


 
Salam. Tengok..tengok..tengok..kata tamau dah update entry dan nak kembali ke pangkal lengan jalan. Tapi tetap setia nampaknya nak berblogging. Saja nak release tension. Biarlah kalau terkeluar ayat skema pun janji ada entry for Monday. Weekend yang perlu diisi dengan aktiviti berfaedah telah pun diisi dengan jayanya. Sabtu berdating dengan Miss Economy dan Ahad berdating dengan Mr. Accounts. Memang dasat. Tapi nak story mory in the morning glory about Friday nite. Bukankah telah diwar-warkan sebelum ini nak ke Hulu Kelang dan ke Studio Finas, menjenguk buah hati yakni Zizan. Yup! Berjaya sudah misi itu. Tept pukul 9.00 malam Jumaat lalu, aku berpeluang tengok Zizan secara 'Live'. Okeh! itu benar belaka. Di rancangan Astro Maharaja Lawak menjadi saksi kami berdua, bertentangan mata. Kuikuikuikuikui. Errry okeh. Dia sporting. Janji ada Jihan hehehehe. Bernasib baik adalah ayat yang sesuai untuk kami berdua. Dengan pertolongan seorang rakan, kami berjaya duduk di kerusi family peserta. Cuma beberapa baris dari Jozan, Nabil, Sepah, Amir, Jemmbu dll. Semua masalah hilang sebentar, bila tengok gelagat peserta. Macam biasa dah nama pun Maharaja Lawak. Haruslah lawak. Yang kita tengok di TV memang tak sama bila kita tengok LIVE. Time iklan kat TV, korang ingat depa buek apo kat studio? Pi toilet kah? pi makan kah? Pi minum kah? Touch make up kah? No.No.No. Depa bersakan buat lawak sesama sendiri dan buatkan kami di studio gelak sampai nak tercabut gigi. Hehehehe! Syabas geng-geng Maharaja Lawak (especially Jozan) u guys really make our day!
 
 
Diingatkan entry ini hanyalah kepada peminat Maharaja Lawak sahaja. Nanti yang baca dan tak tengok, tak minat memang payah nak imagine kan?. Takpelah, bukan semua ada minat sama dengan kita, kan?. Terpulang kepada masing-masing punya minat. So, berbalik kepada Maharaja Lawak, minggu ini sahih Jozan still on the TOP of Chart! secondly, memang paling kelakar pecah perut dengan kumpulan Jambu (Jeemmmbu) yang every week pakai baju pink saja. Memang kelakor. Ada pulak include lawak pasal Zila Bakarin, dengan Tok Penghulu yang pakai seluar boxer..hehehe! Studio memang gamat gila. Dan aku sambil mengerling ke Mamat Khalid dan Ahmad Idham pun sama turut ketawa sambil lap airmata. Hehehehehehe! Aik? Gelak ke nangeh nih? hehehehehe! Sebenarnya bukan senang nak buat lawak dan bagi orang gelak dengan lawak kita kan? Tapi nak buat penonton menangis agak mudah, bab buat lawak memang agak payah...Kalau lawak tak jadi? Hancusss le jawabnya...
Ape-ape pun, memang rezeki lah nak tengok Geng ini secara langsung. Dan bukan semua orang dapat peluang macam gini kan. Dengar citer kat luar Studio Finas ada dekat beratus orang yang nak masuk studio. Tapi tak dapat masuk. Personally I think, show yang dapat sambutan macam gini, perlu dibuat di tempat yang lebih besar supaya ramai lagi peminat boleh masuk dan bagi support. Yelah kan, dah la rancangan pun berdasarkan undian dan sms peminat. So tanpa kami sapelah Maharaja Lawak kan?. Hehehehehe.
 

 
Untuk pengetahuan semua juga, mulai minggu ini Maharaja Lawak akan bersiaran di Astro Citra, pakej Mustika. So sape yang nak tengok kenalah langgan kan?. Oh! pasal picca memang tak sompat den nok amek dengan mana-mana peserta kerana kebizian masing-masing. Al maklumlah nak prepare untuk pertandingan kan? Haruslah bizi. Cuma sempat snap picca curik-curik becoz, pihak ASTRO memang tak bagi penonton rakam ape-ape pun pics, kecuali dari media sahaja. Strict okeh!. Tapi tak apelah yang penting dapat tengok sudahlah.
Okeh itu saja karangan dari saya hari ini. Hehehehe. Pada anda semua siapakah yang anda rasa akan menang? Ada tak any peberet for this show? Or anda minat pengacaranya yakni, AC berbanding peserta? Hehehehehe. 
 
Moral of the story: Walaupun nak final exam, tetap jugak nak mencelah ke Finas kan?. Hehehehehe! Bak kata pepatah: dimana ada kemahuan disitu ada Zizan, jalan! That's all folks. bye!

2 comments:

AkmaFaizal said...

wah2..seronot ko yer..nnt ajak aa skali 2 kali ke..nak gak join sama..hehe :)

Natasha Farina Arifin said...

memang sonot pon lagi best dpt tgk zizan live...hehehe rasa mcm nok pelok jek tapi apokan dayo ku...peluk non muhrim itu haram kuikuikuikuikui....

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...