Iklan

Sharemyloves Geng!

22 April 2011

Segmen The Garang - Zaman Paling Best Bagi Aku




Salam. korang-korang-korang..penah lalui zaman paling best tak?
cha pernah tau.
(saja jer nak intro ke segmen terbaru ini....)
zaman bila kita muda, cantik, selim-melim, sehat, segak, comei, bergetah, pinggang ramping, rambut berkilat, kaki umpama bunting padi, pakai kebaya kaler pink, 
bergelak tawa bersama rakan-rakan tersayang, balik kul 3-4 pagi, bf kelilin pinggan....tetttt!
hah..best lah time zaman jahiliah itu.
macam semuanya perfect dan sangat menarik, tertarik, ko memang da bommb!
 
 
alkisah....jaman mudo-mudo dulu kala... cha in pink!

saja-saja cha sertai segmen ini..bukan untuk rebut hadiah ke ape, cuma nak menambah rakan kenalan di belog ini saje.
tahniah kepada The Garang kerana berjaya membuat segmen ini, 
dan cha rasa sangat tertarik lah yu ols....
hehehehehe:
cer cite zaman ini: jaman mudo  remaja..masih bergetah gitu...dan masih bujang trang- 
                              tang-tang!
nape best: haruslah best sebab baru lepas balik kenduri kawin di Sentul, dan makan nasik 
                 kenduri yang shangat syedappps!
kejadian paling best: bile digelar oleh anok-anok muda kat kenduri itu...
"Mek..Ratu Kebaya..."
dan 
dan
dan
sempat mengabadikan gambar bersama rakan-rakan baik time itu.
best sesangat kalians....
nampak sangat simple saja, tapi bila dipikirkan balik, memang dah taleh dapat cenggini lagi, especially bila I dah kawin tau! tau!..sedihnye....
dan cha sangat suke combination kaler yang dipakai oleh setiap ahli Ratu Kebayas pada time itu.
ada ijo, ada pink, ada itam, ada oren...hehehehe!

itu sajalah....
nak bagi title Ratu Kebaya tak pe...jangan bagi gelaran 
NENEK KEBAYANS sudoh!

hahahahaha!

 nak tag cik wa.

that's all folks 
tata.titi.tutu!

Tips berguna untuk mengadap kertas exam!

Salam. Semalam sunyi seketika. Sedang menjalani proses pemerahan otak. exam.exam.exam. Hari ini rasa di awangan, macam tak jejak kaki kat bumi. Ngantuk, lesu badan, penat, semput, tak larat, tak sehat semuanya ada. Dugaan zaman bercinta persekolahan kot??. Hehehehe. Aku nak kongsikan today ialah, bagaimana perasaan dan keadaan ketika menjawab soalan exam. Okeh! seperti semua sedia maklum, peperiksaan akhir memang adalah klimaks dalam setiap apa yang telah kita pelajari. Jadi sememangnya fizikal dan mental diperlukan untuk menempuh peperiksaan besar sebegini. Jangan suka study last minit sebab.sebab.sebab. nanti BLANK!. kalau sudah kekdahnya blank time menjawab exam, memang naya ye kalians. Mau jugak menangis tak berlagu bila dapat result nanti....

terang nye kaler sepersalinan daku....

Okeh, cuba amalkan tips ini ye kawan-kawan:

1) sms mak untuk dapatkan restu..ingat sms saja...jangan call kang banyak punya bebelan orang tua itu.
2) pakai warna yang terang-terangan untuk menaikkan mood dan semangat tika  menjawab exam (nampak tak TUJUAN aku pakai kaler Turquoise itu)?
3) jangan makan terlalu kenyang, sebab nanti kena masalah perut yang terlalu cepat mencerna (kang ulang-alik ke tandas berkali-kali pulok!)
4) jangan sampai lewat ke dewan peperiksaan kerana, kelewatan kita nanti mungkin akan menggangu emosi tika nak jawab exam. kalau dah menggelabah...sapo nak tolong ekau kang??
5) jangan baca nota kawan, rakan, classmate dan  sewaktu dengannya 5 minit sebelum masuk dewan. Kang lagi haru korang nak hafal nota orang lain yang mungkin tak sama dengan nota korang..ish.ish.ish. Lagi confuse kang...!
6) cubalah pakai jam tangan, dan jangan harapkan jam besar di dewan, dibuatnya jam besar tuh habis bateri..hah! tak ke haru korang terkejo-kejo nak menjawab.
7) pakailah baju yang tebal sedikit, sebab mungkin dewan peperiksaan itu  sangatlah sejuk dan ianya akan menganggu kosentrasi anda tika menjawab soalan. sebab pakaian jugak melambangkan personaliti anda, avoid t-shirt - I LOVE BIEBER- or.or. t-shirt bertulis - SAYA SAYANG AWEK SAYA- tika mengambil exam =)
8) Kalau boleh jauhkan diri dari duduk bersebelahan rakan anda yang terlampau over teror, sebab nanti bila tengok kertas jawapan yang berjela-jela dia tulis akan menjadikan kita -PSIKO- sorang2.
9) Jangan bawak "toyol", sebab "toyol" itu mungkin boleh menjadi penyebab anda dibuang universiti. Paham?
10) Bawaklah pen lebih, jangan lah memang gamble gila...nak bawak sebatang saja pen. Dengan harapan dakwat pen korang tak pernah kering-kering. 

antara kelengkapan sebelum ke dewan exam

hi. kawan-kawan sekelas!

Wahetver it is. The best thing ialah selalu berdoa, dan berusaha. Kalau doa saja baca buku, ulangkaji, buat latihan pun malas...yang hadoooo? Lu pikirlah sendirik. Apa-apa pun memang tabik spring dekat kawan-kawan sekelas yang bermotivasi tinggi untuk meneruskan pelajaran even ada yang bernak 5, 4, 3 orang. Yang menjadi isteri dan pekerja dalam masa yang sama dan juga.....yang memang teguh dan tekun berusaha untuk berjaya. Jangan ingat bila kita jadi, kerani kita nak jadik kerani sampai mati..jangan ingat bila kita jadi pak guard, kita nak jadi pak guard sampai mati. Renung-renungkan dan selamat beramal.

tata!

That's all folks!
tata.titi.tutu.

19 April 2011

Ayuh Geng! Jom Bersenam....

Selamat hari Selasa. Ayuh...buat gerakan ke..kiri..kekanan..ke kiri kanan lagi...ewahhh......!
Hari ini, kita berCARGAS sebentar ringankan otot, sendi, tulang-temulang....dengan sedikit senaman ye...ayuh kawan-kawan....(bekgroun lagu Crazy in Love, Beyonce) hehehehe!
Bukan ape kengkawan, cuba pikir sikit, dalam seminggu berapa harikah korang bersenam?? Okeh tipu, bukan berapa hari, berapa jam kah waktu yang yu ols peruntukkan untuk bersenam? 1 jam? 2 jam? 3 jam? atau not any jam???? Tahukan anda, separuh rakyat Malaysia diserang penyakit jantung kerana malas bersenam disamping mengamalkan pengambilan makanan yang berminyak dan berkolesterol tinggi? Okeh..ke kiri..kedepan...ayuh..kengkawan....depangkan dada...1,2,3...mari semua....!
Oleh kerana memang suka bersenam setahun sekali, maka dengan rela hatinya aku mengajak erry untuk turun berlumba lari dan berlawan bermain badminten...ayuh..ke kiri ke depan..ewah....=) kanan 8x....

aktiviti setahun sekali....hahaha!


So, kami pun bergigih dengan rela hati untuk bersenam di Taman berhampiran Shangri-La Putrajaya. Fuyoo! dengan udara yang nyaman dan persekitaran yang menghijau memang memberi mood untuk bersenam kat sini. Ayuh...pusingkan badan kebelakang..belakang pusing...ewah..ewah....!

erry..sampai semput try menda alah ni...kekeke!
ok.ini.taman.ada.banyak.bunge.

Ingatkan cuma kami saja tau tempat best ini, ghupenya ramai gak umat manusia lain...bagus.bagus.bagus! sesamalah kita buang lelemak berlebihan bersama-sama. Aku dan erry memang carik port terbaik untuk sekodeng bermain bedminten. Memang strategik sangat dekat kawasan lapang near playground bebudok. Disamping boleh cuci mata tengok bapak budak-budak comel. Hehehehe! Ok, pusing depan..ke depan pusing sambil  angkat kaki...8x ewah...ewah....

bakal pasangan beregu yang akan mengalahkan Lim Chong Weii..weii..wei....
ada yang dukung anak, riba anak, perati anak, hah macam-macam ado!

Untuk pemberitahuan korang semua kat taman ini jugak ada, pelbagai alatan senaman untuk orang dewasa, so kalau rerasa nak kempiskan perut silalah guna alatan ini 100x setiap hari, nescaya boleh dapat bulu mata pinggang macam Rozita Che Wan! ahaks...I like....
Okeh makcik-macik, kengkawan semua..penat kita berpoco-poco  senaman tarian itik itik ini, satu..dua..tiga...tiga lagi...pusing belakang...angkat kaki....ewah...ewah...  sampailah kita ke akhir rancangan....bersama saye lagi minggu depan di hari dan waktu yang sama.....dan...majulah Sukan Antara Negara....! Harapan moga Man Utd menang season nih. erk! tetibe! =)
Yeay! pastu teruih dapat upah dari erry pas main bedminten dan exercise...apekah upahnya??? jeng-jeng-jeng....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hah! upah penambah lelemak...=)


eskrem Magnum Walls! Ceh....abis lelemak ku tumbuh semula....erryyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!

That's all folks!
tata.titi.tutu

18 April 2011

Contest : bagi tajuk lirik lagu :)


Ada sesapa nak One Derop perfume secara free?
Yes. for. FREE?
Mari dekat.mari dekat.
Kita terai reramai contest Cik Adey Manis; niesa afrina
ops..ops..ops..bukan natasha farina @ cha tau.
tiada kena mengena idop atau mati.
hehehehe!

1) Cik Afrina suh copy header - udeh teman buat!

2) Cik Afrina suh copy lirik - udeh teman buat jugak!

3) Cik Afrina kata tak wajib pollow belog dia, tapi demi ikatan kekeluargaan sesama Islam..I oledi polowww!

4) Cik Afrina suh tinggalkan link - udeh teman tinggalkan!

 so inilah lirik lagu itu:

hati ini sedang berbicara ,
tentang dirimu dan perasaan ini ,
adakah cinta itu akan berulang kembali ,
atau hanya kenangan di hati ini .

hari hari ku kini bagai tiada erti ,
bagai ada sesuatu yang akan terjadi ,
ku tak mengerti apa rasa ini ,
yang ku pasti cinta ini sudah mati .

apakah sebenarnya yang telah berlaku ,
diantara aku dan dirimu ,
bagai tiada kisah diantara kita ,
yang ada hanyalah kenangan yang terlupa .

aku benci saat ini ,
ketika melihat kau bahagia disana ,
seperti tiada apa yang telah terjadi ,
sedangkan aku luka disini .

andai kau bahagia disana ,
maafkan aku kerna terpaksa berkata ,
disini aku menderita ,
kerna aku masih tak bisa melupakan janji kita .

tuhan beri tahu diri ini ,
agar dapat bisa melupakan dia ,
yang pernah hadir dan kini telah pergi ,
insan yang pernah melukakan sekeping hati ini .

-----------------------------------------------------------
 
setelah Cha memerah otak, memerah pale, memerah tengkorak pale, memerah urat-urat seleberum  bagai... so inilah tajuk nya:
 
"BIARLAH KU SIMPAN CINTA KITA.... "

wah! tetiba aku rasa jiwang.
kuikuikuikuikui.
Terima kasih Cik Wa, hang perkenalkan aku dengan contest jiwang ini.
bolehlah aku tukar tajuk belog aku dengan "from Putrajaya with love" pasni.
Hahahahaha..

That's all folks!
Tata.titi.tutu

p/s: cik afrina anda sesungguhnya sungguh kreatip, tidak pernahku jumpe contest sebegini sebelum ini... Syabas mere betty =)
nanti next contest tag I okeh!
wahh..boley gitu....

1st Contest Anis: Pic Percutian

Hari Isnin,
Rasa nak join kan diri kat Si Manis Anis nye contest.
Kuikuikuikuikui.
 
checklist:
 
1) Anis suh letak banner - check!
 
2) Anis suh letak 1 pic only - check!

ini lah cha jatuh kolam. kelako dok muka aku?..apo??tak kelako?? kite bako.kite bako....

Alkisah, tayyibbb....Ini adalah pics sewaktu percutian ke Cherating, Pahang. Bersama dengan sedara-mara Cha. Kuikuikuikui. Kalau dilihat memang macam bukan ditepi pantai, tasik, air torjun, jeram, sungai atau di mana-mana pun. Cuma berlatar belakangkan kolam renang sajo. Napo ekau letak kolam renang cha???. Ini kerana pic ini sangat kelakau...Korang tengok aku tuh, jatuh terlentang ke dalam kolam di Rumah Peranginan kitaorang dek kerna aku tergelincir ke kolam.. Ades...lepas mandi pantai Cherating lekit-lekit, elokla kiranya korang cuba petua macam aku ini tergelincir ke kolam untuk ilangkan lekit-lekit badan ha....Hehehehe! Cherating best, pantai cantik, udara nyaman dan yang penting makanan pun murah-murah... I like the fish burn or ikan bakar ! Hehehe. Itu sajork! Anis...sila baca karangan Cha ini bebaik okeh....
 
 
 3) Anis suh citer tentang percutian ini - check!
 
4) Anis suh tag rerakan 3 orang sajo - check! 
 

5) Anis suh tinggalkan link sini - check!
 
 
 p.s: yang lain terpakse diblurkan..gambar mengandungi aksi 18sx..kuikuikuikui
That's all folks!
Tata.titi.tutu

Nasi Mondy Arab Vs Kobab...

Salam. Selamat hari Isnin. Minggu peperiksaan akhir sudah tiba. Jeng-jeng-jeng. Semua perasaan rasa. Ada takut, ada suka, ada gementar, ada susah ati, ada senang, ada susah, ada ketaq hai...macam-macam hado! Oklah, kita bercerita pasal hujung minggu. Yang telah 80%  masa di isi dengan berdating bersama buku. Hebat. Gagah. Gigih. Nak berjaya bukan senang kan?.
tedia. perasan. segala macam hado!
Orait.orait.orait. Setelah berhempas-pulas dengan buku. Tetiba terasa nak keluar umah dan jalan-jalan di Putrajaya. Terasa nak makan makanan Arab lah..Hehehehe! Jom...berdesyummm ke Mr. Kabab & Briyani di Presint 14, Putrajaya. Bila tekak dah teringin kena cuba. Kalau sesaja aku nak lepak makan kat sini, idok le. Ada bau kambing yang sesangat kuat..nehi.nehi.nehi...!

makan belum sampai..muka tetap kontrol even lapaq sampai ketaq!
Erry, try Nasik Mondy Arab (Lamb) - Nasik mandi arab ler tuh kot?. Dan aku katanya ON-DIET telah menerai makan kobab ape ntah namanya. Sumpah! ku lupa. Secara overall, makanan disini boleh di rating sebagai ok-ok la. Not too bad. But, yang kari itu sangat tidak sesuai dengan tekak ku, dek kerana minyak nya lebih banyak dari kuah nya...Cena tu? Ha..lu pikirlah sendirik! Tapi kobab aku memang best. Siap ada side income menu yakni fries dan roti arab. Memang best dan boleh tahanlah jika teringin menukar selera sekali-sekala. Oh! lupa komen nasik mandi manda Erry. Wokeh! nasik setapp, tapi dek kerana ada Lamb, so aku pun kuit-kuit saja lah...Lamb not in my list. Sorry, memang tak makan...hehehehe! Becoz, teringat  kat janggut kambing terus naik loya tekak aku....Ha..boleh gitu?
erry & nasik mondy arab.
my kobab...

Jadinya layanlah gambar aku...yang memang siok sendirik, perasaan baguih, segala mak neneks bagai nak rak mengambik gambar sendirik dalam keta..sampaikan laki aku kat sebelah pun boleh cakap.....
sayang ni eeiiiiiiiiiiiiiii.....!

us again.
lagik.lagi. gila glemer.


That's all folks! Tata. titi. tutu..Kah.kah.kah!
gelak kat diri sendiri... posing bagai anok dara gedik!


15 April 2011

Contest Alya ..aku dan alam!

ok ini seyes!
tetiba suke-suki nak join contest
ada sesapa nak join contest ini, klik sini tau? tau? tau?
yela bila tensi time nak exam-exam nih, 
mau gak cik cha gatey nak join  contest Si Alya gini.

hello! alya...! cantikkan this pic...! hehehehe bagilah kitaorang menang..kuikuikui!      



ini time photoshoot wed's di Tasik Pullman, Putrajaya.
fuh! fuh! fuh! bace jampi sikit....!
nak tag kengkawan blogger lain:


That's all folks!
Tata..titi..tutu...

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !

 Tajuk : BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT 
  tekan sini kalo nak join.


APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA
Minat kartun SMURF. Kenapa? La..la…la…la…la…..la…..



  • Smurf juga dikenali sebagai bluebuddies!
  • Smurf hanya mempunyai ketinggian sama dengan 3 bijik buah epal!
  •  Smurf menunjukkan semangat kekeluargaan yang amat rapat sesangat.
  • Smurf best dan berwarna biru, jarang ada kartun yang berkulit biru kecuali filem Avatar.
  • Smurf punya hobi amat pelik, iaitu skipping sambil berjalan.
  • Smurf mempunyai 99 ahli keluarga dan smurf yang tua berusia lebih 100 tahun!
  • Tahukah anda Smurf juga tinggal di perkampungan cendawan yang diberi nama Mushroom Village!

APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK DAN KENAPA?
Tak minat kartun Scooby Doo….doo..doo….. Kenapa? La..la..la..la..la…



  • Scooby Doo selalu citer pasal anjing yang bernama Scooby sajork!
  • Scooby Doo asyik citer pasal misteri yang pening kepala nak piker dan apekah jalan penyelesaian nya jugak sering fening-fening….
  • Scooby Doo asyik selalu tunjuk anjing jek sebagai hero, dan manusia disekeliling itu umpama tiada kegunaan coz asyik-asyik Scooby jek yang berjaya selesaikan misteri! Cisssss…
  • Saya phobia kepada anjing..itu pasal tak minat ini kartun! Hah! Boleh gitu????
JIKA AKU SUPERHERO, AKU NAK JADI…


 Yeay! Yang ini aku suke….nak jadi W.O.N.D.E.R.PE.T.S! Kenapa? La..la..la..la..la….
  • Wonderpets punye lagu tema best ar..
~Wonderpets, wonderpets, kami datang  Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah, Heyy.. wonderpets.. Yeyyy~
  • Wonderpets memang superhero yang best bantu haiwan-haiwan dalam kesusahan, Superhero sekarang yang hado semua nak tolong manusia saja..abes?? sape nak tolong haiwan? Cer citer..cer citerrr???
  • Wonderpets memang terbaik terutama Si Ming-Ming (itik kuning) yang gebus itu…I like! Udeh le comei bijok pulok tu...=)
  • Walaupun tak ada sangat kuasa superhero, tapi idea dan kreativiti team wonderpets untuk solve problems memang tahap terbaekk wok!!!

Ini sajork.  
"Apa yang penting kerja sama.....
Apa yang penting kerja sama"

That's all folks! Tata. titi. tutu!




Lapar perut? Patut cuba ini.....!

Salam. Anda lapar? Perut berkeriuk-keriek? Baca entry ini dan imaginasikan ini. banyak sungguh ini, ini...haish!  Namun ini bukanlah satu iklan mengenai makanan tetapi di hari Jumaat yang mulia , aku nak tunjukkan serba sedikit mengenai apa yang telah menjadi idaman dalam kalbu aku. Lama sangat terpendam dalam hati I yu olzs! Sampai termimpi-mimpi..... Dan terkeluarlah dari mulutku hasrat untuk merasa makanan ini. Oh! makanan kesayanganku, kamulah yang bertakhta dihati. Mee Celup, ciken chip chop, laichee kang kang, somtam somtim. Fuhlamak! sangatlah enak even dimakan begitu saja. Kekekeke! Bertempat di sebuah restoran di Shah Alam, maka hajat hati telah kesampaian. Tengkiu hubby ku Erry! Memang terbaik lah even ciken chop  itu sedikit hangit dan hangus....

dalam perenggan ini perkataan "ini" ada total: 8

senyum untuk mkanakan yang sedap..

inilah mihoon celop...

dari jarak paling dekat...

leechee kang saya.

somtam u rili make my day la.....

ciken chop hangit =(

but the sous was very nice...

cantik pinggan somtam nih...

enak.sedap.delicious.
air lenchi....=)


Sebenarnya restoran ini diperkenalkan oleh Mak Mertua I, hehehehe. Yang memang menggemari makanan Kelantan, since she's came from Kelatan too. So, memang dia tahu lah, mana tempat best dan mana tempat tak best untuk kelantanese food!. Dan kerana itulah, aku turut sama teheret untuk mencintai makanan negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Memanglah sangat sedap, sesekali untuk mengubah selera kita, kan?.
This heavenly Mee Celup adalah makan terbaik dan tersedap dalam kategori sup. Memang layak menang first prize category lah. Secara jujurnya, tiada menu lain dapat menandingi kelazatan mee celup. Oh! ya, mee celup ini juga boleh di tukar kepada keow teow, mihun, or even boleh dicampur ikut selera masing-masing. Dan isi dalamnya adalah, perut, limpa, daging, ayam dan ada beberapa rencah serta kacang yang ditumbuk sebagai penambah kelazatan mee celup ini. Ok. Cukup describe about mee celup, nanti ada yang merenjis air liur naya..naya...naya...! hehehehehe.
Cukuplah untuk hari ini, entry makanan yang menyelerakan perut dan melaparkan perut. Nanti update lagi okeh. Selamat hari Jumaat semua! 

That's all folks! Tata. Titi. Tutu.

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...