Iklan

Sharemyloves Geng!

24 March 2011

Movie Date!

tengok iklan makanan dulu...dessert malam tadi =P

Salam dan selamat pagi Malaysia.
untuk semua kakitangan kerajaan "Selamat Hari Batik" aku ucapkan.
Hehehehehehe.
Mula-mula nak minta maaf zahir dan batin pada trio adik beradik
Norman KRU,
Yusry KRU,
Edry KRU.
maaf secara terbuka gitu
sebab nak bagi rating film 
4 per sepuluh saja.
(4/10)
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)
adalah satu epik sejarah mengenai penubuhan kerajaan Langkasuka pada zaman dahulu kala.
bagi aku, 
Yusry sbagai pengarah HMM boleh dikatakan keluar dari kepompong film Melayu kini,
yang lebih banyak berdasarkan motip chinta, cinta 3 segi, rempit, bohsia, hantu, langsuir, komedi romantik dsb.
Keseluruhannya film HMM ini perlu diperbaiki dari segi satu scene ke scene seterusnya supaya bila penonton tengok takderlah banyak sangat tanda soal dalam kepala,
eh? kenapa jadi macam ni?
eh? kenapa jadi macam tu?
apa-apa pun pujian jugak kepada KRU Productions kerana berjaya mengangkat kembali sebuah epik sejarah yang perlu dikenang oleh seluruh anak bangsa kita.
Kalau bukan kita yang membantu menaikkan filem kita sapekah lagi betul tak?
Takkan nak import satu kapal laut penuh mat bangladesh datang tengok HMM kot?
hehehehehehehe.
"Filem Kita, Wajah Kita"
Ok.
stop pasal HMM.
nak story mory in the morning glory pasal semalam.
kisahnya bila bergegas (perlukah gunakan perkataan gegas?) 
bila aku mandi selama 45 mins,
nak bersiap 30 mins?
chooiiiiiiiii tau!
sesampainya di Alamanda, Putrajaya
aku & erie dinner berdua dahulu.
perut harus diisi supaya bila dalam panggung tidaklah berbunyi lagu dondang sayang...atau lagu mak limah kaki melenggang.
hehehehehehehe!

Satu set Japanese dinner for erie,
dan
satu set goreng-goreng dinner untuk aku,
dan
satu lemon peach tea untuk erie,
dan
satu cawan neskepe tarik kurang manis untuk aku,
dan
satu waffle ice-creamy stick untuk aku.

erie's bestie fren..like it!

miso soup complete tepayanki set!

tetap orang kampong bila pilih nasik goreng saja instead of chick chop!

orang kampong sejati, bila pilih neskepe tarik instead of blended juice!

ini kampong tolak tepi sat, nak jadi omputih makan waffle pulak!


oleh kerana nak konon-konon berlagak romantik main suap-suap suami,
habislah jersi Nike putih bersih erie tertumpah ice-cream coklat!
diulangi ICE-CREAM COKLAT!
berwarna COKLAT PEKAT!
kuikuikuikuikuikuikuikuikuikuikui.
maapkan tuan hamba wahai Raja Langkasuka,
hamba mengaku bersalah, hukumlah hamba, jangan dera jalan itik sudoh!...
kuikuikuikuikuikuikuikui.

sebelum kejadian tumpah di baju..=) senyum sokmo, peh tumpah malas nak citer!

bersatu, berganding bersama...meletop! 

tukaq position..cerah doh muko hasil fair&lovely...=P

ok pose dari tepi but tetap nampak shape dah berubah dari size S ke size XL kini!

masa tuh punya excited nak tengok HMM kot.
itu pasal makan cepat-cepat,
teguk aiq nekepe panas cepat-cepat,
dan nak suap erie pun cepat-cepat.
ngeeeeeee...

sampai di depan concourse kat panggung wayang,
humang aiiiii...
ramainya orang,
macam pesta kekdahnya!
inilah penangan HMM,
dalam hati ada taman becoz tak sabaq nak tengok HMM.
seat pun cantik sebab beli 3 hari in advance,

tapi yang tak best:
1) duduk sebelah mamat yang good looking tapi asyik update status dia kat FB & Twitter 3 mins sekali.
2) duduk belakang kakak yang mempunyai sanggul bak bonggol unta, tinggi gila rambut dia sampai menghalang penglihatan aku.
3) jalan cerita HMM yang kureng best, tetapi nasib baik si hero, Rahman Hughes tuh kelihatan menarik, sasa, jantan dan mempunyai sebaris gigi yang putih bersih tersusun rapi.
wow! itu I LIKE!

sempat jugaklah tengok teaser movie yang bakal berada di pawagam soon antaranya;
TRANSFORMERS (must watch movie)
CUN (Maya Karin dan Remy Ishak)
dan cerita hantu dibintangi oleh Syahir AF8.


habis saja HMM,
erie perli aku:
"dah boleh tidoq lena dah? dapat tengok HMM?
tu lah next time nak tengok action movie tengok jerlah cite omputeh, citer melayu macam nih la sayang oiiii, tak berapa paham, jalan cerita pun tak best"

aku jawab:
"baik boss besaq, saya yang menurut perintah!"

balik rumah malam tu, mula terfikir kenapa dulu P.Ramlee buat filem modal ciput tapi sampai kini, filem dia tetap terkesan dihati kita semua....kan?
renung-renungkan dan selamat beramal!!!!

that's all folks!
tata.titi.tutu.

5 comments:

dee said...

pffff!!jalan cerite HMM mmg pusing kepale!!
da la dpt seat dpn benor lg la pusing!!
kinda frustrated jgk tp still salute yusry!!first try annnn,,nvm..d'maafkn :P
chaiyok!malaysia boleh!*oke t'over!!*
bubye kak tasha!tc,,sje menyinggah ;)

Natasha Farina Arifin said...

dee sygku: mmg pon agak memusing skit kan huhuhhu dpt seat dpn ker? ayoyoyoyo kepela teleng sudohhhhh...m'sia mmg boleh pon...tunggu a few years lagi to be an advanced country in film kan?
till then thx for dropping ur comments, babai

Rossalina said...

wahhh sha...terpengaruh gak hg g tgk ekk...muahahah..
but masing2 la kan...kita takleh banding ngan duit RM 8 juta(uwang mereka sendiri, no pinjam2 kata Norman...wallahualam) utk wat citer epik setanding mcm omputih yg mana depa pya bajet ada yg smpai RM 50 juta.... kalau bg byk tu kat depa aku rasa ofkos depa bole wat yg real pya...no tipu2 CGI semua...but still congrats to them.... babaiiii....

AkmaFaizal said...

wah dah tengok ek, suami aku salute ngan derang pasal berani wat cite yang sesuai ditayangkan kat panggung. barulah betul dengan teknologi panggung tu, klau stakat cite klakor or seram2 tu baik tengok kat umah je. Astro first kan ade...boleh layan sampai muak.hehehe

selalu malaysia punya filem aksi or berteknologi tinggi je tak ramai orang sokong, kata mengarut bagai..tp omputih buat cite karut boleh plak terima. heran2..

aku pun tak pi tengok lai...mesti pening gak mcm ko tgk nnt. hahaha..orang minat sejarah suka kot..aku? kureng...

AkmaFaizal said...

eh lupa..cantik pics dessert ko tu. guna kamera baru ek..sungguh menyelerakan nengok. dh mcm gaya pro photographer je. cayalah...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...