Iklan

Sharemyloves Geng!

05 March 2011

Antara isteri, pekerja & pelajar....

Salam.
Antara kemampuan seorang wanita ialah menjadi isteri, pekerja dan pelajar. 
(juga menjadi seorang ibu...tapi aku belum menerima rezeki itu)
Aku mewakili golongan di atas.
Banyak jerit perih selama bergelar 3 in 1 macam di atas.
Melalui 3 keadaa berbeza mengikut situasi:
1) Di office: 
Boss: Tasha you tolong photostat ini, then you lekatkan Lampiran A, B, C macam biasa, lepas itu, you hantar pada Pengarah yer.
Aku: Baik Puan!..
2) Di Rumahku Syorgaku:
Suami: Sayang, bb teringin nak makan tomyam ayam...sayang tolong buatkan lah yer.
Aku: Baik bb!..
3) Di dalam Kelas:
Lecturer: So, do not forget about the test, assignment and presentation in Seminar 4 ok?
Aku: Yes Madam!..

Berbalik kepada niat yang asal..untuk memikul bebanan sebegini bukan mudah, ada isteri balik terus masak dan melakukan kerja rumah seperti lazimnya, tetapi aku tidak....
No.No.No.
Selepas memasak serba sedikit, tiba pulak masa untuk menyudahkan kerja sekolah (homework).
Itulah itu.
Itulah aku.
Bukannya pandai nak tidur pada pukul 10 malam...tapi selagi belum menempuh jam 1 atau 2 pagi aku masih belum tidur.
Kenapa?
sebab komitmen kepada pelajaran memerlukan aku untuk fokus dan terus fokus.
Nasiblah suamiku, sangat-sangat terbuka dalam hal macam ini.
Hehehehehehe.
Ramai orang cakap...dah keja nak belajar apa lagi?
eh! hello??hello?
bukankah belajar itu satu pahala?
konsep belajar itu besarrrrrrr.
tengok tv dan belajar resipi baru itu jugak proses pembelajaran,
bukak akhbar dan baca sesebuah artikel itu juga pembelajaran,
dengar mak nasihat & pokpekpokpek itu juga satu pembelajaran,
jalan-jalan tersepek batu, lalu jatuh dan bangun semula...itu juga satu pembelajaran dan pengajaran!
Tetiba teringat kata-kata Rasulullah SAW:
"Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China".....
walaupun aku menuntut ilmu hanya ke UiTM Shah Alam saja...namun itu tetap dikira sebagai menuntut ilmu dan insyaallah akan memberiku pahala untuk dibawa ke mati nanti.

HEY!! TASHA APESAL HANG SKEMA SANGAT NIH?

yelah dari tadi ayat aku skema.
hehehehe.
mungkin tajuk skema agaknya!
sebelum terlupa hari tu aku berjanji nak uploadkan hasil kerja tangan ku untuk presentation English kan?
Nah! tengok puas-puas...
tangan orang kreatif dan berseni..
hehehehehe!
Terima kasih pada akal, minda, tangan, mata, kaki, telinga, mulut, jejari dan kesemua anggota tubuh badan yang bekerjasama dalam menjayakan presentation ini.
Hehehehehehe!
Juga untuk my other half, erie!
Love u all!
Thx!

first step test design dulu..

then test colour sesuwei ker tidak!
then dah puas hati lekat pulak description...
finally..taraaa...dah siap pun hasil presentation!
Second presentation...
hehehehe...!

*maaf lah kualiti gambar kurang memuaskan amek guna henpon cokia saje*
tapi yang penting siap...hehehehehe!

oklah nak masak pulak...
bye!

No comments:

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...