Iklan

Sharemyloves Geng!

29 March 2011

Pre-Anniversary Post...Part 1

 
 
Dear One...ZZ!
Dear one...that's what you are to me.
Years ago when we met, I fell in love with you.
Nothing has changed;
I love you still...more than ever.
When you're not near me, I feel an emptiness
that I can't seem to fill.
When you are near, I feel complete.
I cherish your love and companionship
and always hope to please you.
I always wish for your happiness,
for I love to see the sparkle in your eyes.
I never imagined that someone could be
as important as you are to me.
Please stay near
and love me as I love you.
 
*zz*
=)

Final Exam is just around the corner....!

 
Salam.
Kurang lebih sudah agak lama tiada new entry.
Bukan sengaja untuk dilewat-lewatkan.
Weekends full of activities.
Mana nak mengejar assignment yang bertimbun,
Mana nak mengejar test yang tengah beratur,
Mana yang kejar presentation yang menunggu untuk dipersembahkan..
Fuhhhhh....hembus nafas sekejap.
Bukannya mudah untuk menjadi semua dalam satu masa,
Tak menang tangan untuk melipat baju dan dalam masa yang sama menyediakan family dinner
even untuk 2 mulut yang perlu diisi.
Tak menang tangan untuk buat revision, in the same time meng IRON baju untuk diri sendiri dan suami.
Itulah kan...
Tuhan beri kita ruang dan peluang, 
Bukan nya DIA ambil anak dari dalam kandungan kita itu untuk menyedihkan kita.
Tapi difikir dari segi logik akal, diambilnya baby itu untuk meng ORGANIZE dulu kehidupan kita.
Ini baru ceritera husband dan wife, belum ada anak, jika ada..
seorang?
dua orang?
tiga orang?
sepuluh orang?
Macam mana agaknya?
Bukan kita tak berdoa, berdoa itu penting,
Tapi kita perlu pandang ke depan dan kata pada diri sendiri.
Go..go ...go Tasha!
Final exam dah nak dekat..pulun yang mana terdaya,
Cari Tok Guru dan menuntut ilmu.
Terima kasih jus Tok Guru di Presint 9.
=)
Final exam memang beri impak pada semua orang,
aku?
memang pun beri banyak tekanan.
choiiii tau!
bila pepagi tunggu bas pun, dok teringat formula-formula accounting,
formula economics, dan topic in HR.
Pejam celik, pejam celik dah semester 4 kini dan akan menjengah ke semester 5 bulan depan.
Cepatkan?
Tinggal setahun setengah lagi untuk mengenggam segulung Diploma dari UiTM.
Insyallah.
Kerja kuat + usaha + pengorbanan = kejayaan!
 
Harapnya ini bukan bermakna aku riak, bukan jugak terasa untuk mengata sesapa,
ini hanyalah pasal diri sendiri.
Tiada kena mengena dengan sesapa.
Teringat pesan seseorang: "Bila kita susah, kita kena usaha untuk jadi orang senang dan,
Bila kita kurang cerdik, kita kena usaha untuk jadi orang pandai"
 
p/s: berdiam seketika untuk menuntut lebih ilmu
 di dada dan di kepala
=)

-tammat-


25 March 2011

Amazing Triffle Puddings!

Salam
Hari jumaat yang mulia tuan-puan ye,
kita akan ye,
memberikan secara percume ye,
resipi untuk membuat triffle puddings ye,
jadinya ye,
amik pen, kertas dan salin resipinye ye.....
=)

"mari..dekat...mari dekat"...buat suara sheila rosly sikit..kehkehkeh!
 
 
AMAZING TRIFFLE PUDDINGS

Bahan-bahannya:
1) beli kek sponge/ roll cake (ape-ape favour yang disukai)
2) susu Full Cream Dutch Lady yang dlm kotak biru (600 ml) - yang makan dengan cornflakes tuh!
3) Buah campuran dalam tin..(ikut suka nak bubuh buah ape pun)
4) tepung kastard (40 gram) = 2 sudu tablespoon
5) gula untuk custard kuning = 4 tablespoon
 
bergambar bersama triffle pudding...muka terpaksa di blurkan kejap! fokus tang makanan dulu!
 
Cara-caranya:
1) potong/susun roll cake/span kek dalam mangkuk kaca puding
2) asingkan air dan buah dalam tin (kan ada air dalam tin buah tuh kan?? so separate them okeh!)
kalau curah terlalu banyak nanti basah kek anda yer tuan-puan......so,
3) renjis saja air tin buah itu ke atas kek tadi
4) taburkan buah dalam tin ke atas kek tadi
 
Cara-cara untuk buat kastard pudding:
1) Masukkan susu Dutch Lady dan gula tadi ke dalam periuk
2)Tunggu sampai mendidih
3) Masukkan tepung kastard (yang telah dibancuh dengan sedikit air) ke dalam periuk tadi
4) Tunggu sampai likat
5) Curahkan atas buah dan kek roll/span tadi
 
walla weh! nak amik hati mertua, cer try buat ini dulu dan hidangkan pada mertua!
 
Untuk hiasan:
Aturkan buah-buahan segar dari ladang ke atas kastard tadi.
ikut selera tekak masing-masing tapi kalau ada strawberry, peach, laici, anggur, kiwi..pehhh! lagi sodap!
Masukkan dalam peti ais lagi bertambahlah kesedapan nya ......!
 

terima kasih tuan pemberi resipi;
... miss icha_oren!...
ahaks...=P
 
okeh posing kena cekak pinggang nak nampak kurus dan  sebab nak mintak resipi dari pembuat pudding yakni icha_oren!

ok lupa;
kalau minum dengan yang ini bertambah lah nikmat hidup
hehehehe!
 
bagai pinang dibelah dua dengan triffle puding tadik!

that's all folks!
tata titi tutu...

24 March 2011

Movie Date!

tengok iklan makanan dulu...dessert malam tadi =P

Salam dan selamat pagi Malaysia.
untuk semua kakitangan kerajaan "Selamat Hari Batik" aku ucapkan.
Hehehehehehe.
Mula-mula nak minta maaf zahir dan batin pada trio adik beradik
Norman KRU,
Yusry KRU,
Edry KRU.
maaf secara terbuka gitu
sebab nak bagi rating film 
4 per sepuluh saja.
(4/10)
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)
adalah satu epik sejarah mengenai penubuhan kerajaan Langkasuka pada zaman dahulu kala.
bagi aku, 
Yusry sbagai pengarah HMM boleh dikatakan keluar dari kepompong film Melayu kini,
yang lebih banyak berdasarkan motip chinta, cinta 3 segi, rempit, bohsia, hantu, langsuir, komedi romantik dsb.
Keseluruhannya film HMM ini perlu diperbaiki dari segi satu scene ke scene seterusnya supaya bila penonton tengok takderlah banyak sangat tanda soal dalam kepala,
eh? kenapa jadi macam ni?
eh? kenapa jadi macam tu?
apa-apa pun pujian jugak kepada KRU Productions kerana berjaya mengangkat kembali sebuah epik sejarah yang perlu dikenang oleh seluruh anak bangsa kita.
Kalau bukan kita yang membantu menaikkan filem kita sapekah lagi betul tak?
Takkan nak import satu kapal laut penuh mat bangladesh datang tengok HMM kot?
hehehehehehehe.
"Filem Kita, Wajah Kita"
Ok.
stop pasal HMM.
nak story mory in the morning glory pasal semalam.
kisahnya bila bergegas (perlukah gunakan perkataan gegas?) 
bila aku mandi selama 45 mins,
nak bersiap 30 mins?
chooiiiiiiiii tau!
sesampainya di Alamanda, Putrajaya
aku & erie dinner berdua dahulu.
perut harus diisi supaya bila dalam panggung tidaklah berbunyi lagu dondang sayang...atau lagu mak limah kaki melenggang.
hehehehehehehe!

Satu set Japanese dinner for erie,
dan
satu set goreng-goreng dinner untuk aku,
dan
satu lemon peach tea untuk erie,
dan
satu cawan neskepe tarik kurang manis untuk aku,
dan
satu waffle ice-creamy stick untuk aku.

erie's bestie fren..like it!

miso soup complete tepayanki set!

tetap orang kampong bila pilih nasik goreng saja instead of chick chop!

orang kampong sejati, bila pilih neskepe tarik instead of blended juice!

ini kampong tolak tepi sat, nak jadi omputih makan waffle pulak!


oleh kerana nak konon-konon berlagak romantik main suap-suap suami,
habislah jersi Nike putih bersih erie tertumpah ice-cream coklat!
diulangi ICE-CREAM COKLAT!
berwarna COKLAT PEKAT!
kuikuikuikuikuikuikuikuikuikuikui.
maapkan tuan hamba wahai Raja Langkasuka,
hamba mengaku bersalah, hukumlah hamba, jangan dera jalan itik sudoh!...
kuikuikuikuikuikuikuikui.

sebelum kejadian tumpah di baju..=) senyum sokmo, peh tumpah malas nak citer!

bersatu, berganding bersama...meletop! 

tukaq position..cerah doh muko hasil fair&lovely...=P

ok pose dari tepi but tetap nampak shape dah berubah dari size S ke size XL kini!

masa tuh punya excited nak tengok HMM kot.
itu pasal makan cepat-cepat,
teguk aiq nekepe panas cepat-cepat,
dan nak suap erie pun cepat-cepat.
ngeeeeeee...

sampai di depan concourse kat panggung wayang,
humang aiiiii...
ramainya orang,
macam pesta kekdahnya!
inilah penangan HMM,
dalam hati ada taman becoz tak sabaq nak tengok HMM.
seat pun cantik sebab beli 3 hari in advance,

tapi yang tak best:
1) duduk sebelah mamat yang good looking tapi asyik update status dia kat FB & Twitter 3 mins sekali.
2) duduk belakang kakak yang mempunyai sanggul bak bonggol unta, tinggi gila rambut dia sampai menghalang penglihatan aku.
3) jalan cerita HMM yang kureng best, tetapi nasib baik si hero, Rahman Hughes tuh kelihatan menarik, sasa, jantan dan mempunyai sebaris gigi yang putih bersih tersusun rapi.
wow! itu I LIKE!

sempat jugaklah tengok teaser movie yang bakal berada di pawagam soon antaranya;
TRANSFORMERS (must watch movie)
CUN (Maya Karin dan Remy Ishak)
dan cerita hantu dibintangi oleh Syahir AF8.


habis saja HMM,
erie perli aku:
"dah boleh tidoq lena dah? dapat tengok HMM?
tu lah next time nak tengok action movie tengok jerlah cite omputeh, citer melayu macam nih la sayang oiiii, tak berapa paham, jalan cerita pun tak best"

aku jawab:
"baik boss besaq, saya yang menurut perintah!"

balik rumah malam tu, mula terfikir kenapa dulu P.Ramlee buat filem modal ciput tapi sampai kini, filem dia tetap terkesan dihati kita semua....kan?
renung-renungkan dan selamat beramal!!!!

that's all folks!
tata.titi.tutu.

23 March 2011

Rainbow Principles.....& Kasut Baby..

 
Salam.
Nak bagi muhasabah diri baca rainbow principle dulu..
senyap, gerakkan bibir dan baca.
paham betul-betul dulu ok.
Then nak story mory about kasut.....
Antara keperluan hidup manusia yang paling penting adalah kasut.
Terdiri daripada beberapa adik-beradik seperti selipar, chapal, kasut tumit tinggi, bertumit rendah, loafers, snikers, sandal, pump shoes dan banyak lagi.
Kasut adalah bertujuan untuk melindungi kaki kita.
Jenama kasut pulak haruslah ada beribu-ribu jenis kan.
Dari jenama Jimmy Choo, sampailah ke jenama Bata,
pilihan untuk memiliki sepasang kasut bergantung kepada kemampuan seseorang individu itu.
Hari ini tuan-tuan....
Aku tanak cerita pasal kasut orang dewasa yang dah besaq gedabak.
yang dah boleh pikir panjang,
mulut & sindiran kena pandai jaga tuh!
tapi nak bercerita pasal kasut baby.
oMG!
kasut-kasut ini tersangatlah comelnya.
tetiba saja suka-suki nak buat entry kasut baby;
also want to wish best wishes to a few mommy's to be this year.
puan mimie, puan zee yusof, puan syazwani, puan fizaly and so on.
puan wawa @ karam singh wawa, please wait..
jangan ketap bibir tengok kasut baby yang comel-lote ini,
giliran kita mungkin kemudian hari.
just pray to Allah SWT,
insyallah coming soon ya!
=)


ini baby shoes AfiQ Nasri..=)
See the dif. between his shoes before & now.....=P

"bila diberikan kita mendung, mungkin satu hari nanti akan dibalas dengan  
colorful rainbow"
that's all folks!
tata titi tutu.

dear rainbow please make my day today...=)


22 March 2011

Tiada title...




"Aku Manusia Lemah

Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan........."


*dengar lagu ni sambil pejam mata......
sampai ke hati yang paling dalam.....*



song by Yunalis;
2010.


My Newest Gadget, Pink Wolverine!

Salam.
Hohohohohoho horlickssssss!
Hari yang indah dan bahagia sungguh...
Si dia tercinta membahagiakan aku sangat-sangat.
Hajat dipenuhi sudah,
kalau tengah mengandung kira mengidam dan dapat apa yang diingini.
kuikuikuikuikuikuikui
takderlah air liuq baby meleleh bila lahir nanti 
hehehehe!
Sapekah si dia itu?
Erie kah?
no.no.no.no.
inilah pacar terbaru aku,
namanya Pink Wolverine (PW)
hehehehehehe.
alahai PW sungguh aku cinta kamu,
memang yang lain taleh chelen lah....
kerana kamu tidur ku tak lena,
mandiku tak basah,
makanku tak kenyang...
hehehehehehehe....
nati kita dating sesama okeh,
kita jalan-jalan tau bulan Mei nih,
honeymoon berdua...eh!eh! bertiga.....
=)
harus nak berterima kasih pada beberapa pihak yang membantu aku dalam menjayakan misi mencari PW ini,
untuk Miss RW, Miss HSA, Mr. ZZ and so on..so on.......
thanks a lot ya...
misi telah tercapai..
hahahahahahahahaha!
gelak syaitooonnnnnnnnn!

hello baby welkem to my world!

baby boo & perkakas untuk si baby....
hi. my name is pink wolverine =)

inilah idaman haku hokkehh!
kaler nak pink saja..yang lain tok layan....!
okeh, test drive dulu..kuikuikuikuikuikui!
 inilah saja untuk hari ini,
nak siapkan homework yang banyak,
untung-untung semester ini boleh score 3.XX pointer lagik.
kuikuikuikuikuikui.
that's all folks
tata titi tutu.

21 March 2011

Pink Itu Menawan Hati!

 apakah yang terjadi seterusnya????
tunggu sambungannya esok....
=) =) =)

Steamboat Punya Cerita...

Salam.
Okeh today mau cerita pasal besday celebration.
Tapi kena bertafakur sekejap (pasang bendera setengah tiang dulu) sebab camera digital sony cybershot hilang di Hot Balloon Festival semalam
ucap takziah kat kamera aku!
=(
okeh,
buang nada sedih, gear up nada ceria!
hehehehehehe..

Sabtu malam minggu,
kami sekeluarga telah berjaya menyambut besday aku yang
ke- 30.
huyooooo! dah 3 series lah pulak.
Makan beramai-ramai memang best, selain family kami family mak teh & family mak uda erie pun ada sekali.
okeh total of us = 15 orang kot.
My SIL dari awal dah pun booking tempat kat Seri Segi Steamboat Restaurant Sek. 20 Shah Alam tuh.
so memang dah ngam-ngam seat untuk kami sekeluarga.
sambutan besday aku ini dimeriahkan lagi dengan hadiah berupa sebijik kek Choc Strawberry by SR.
~lalalalala~
sedapppppppp sangat-sangat.

Okeh bercerita pasal steamboat ini,
mungkin a few of us tak suka steamboat kan?
jangan risau di restoran ini terdapat juga grill, goreng-goreng dan bakar-bakar.
memang semuanya sedaappppp!
antara menu yang terdapat disini,
semua bahan-bahan untuk steamboat,
udang, sotong, ketam, kepah, lala, kerang, dan mentarang???
huiks....
apokah itu mentarang?
aku sendirik pun tak tahu sehinggalah melihat dengan mata kepala sendiri 
huhuhuhuhuhuhuhuhu!
seriuosly it's delicious....

yang bestnya macam menu bakar-bakar,
pengunjung restoran dibenarkan membakar sendiri menu pilihan hati mereka,
contohnya: Abu ambik ayam, sotong, udang
so Abu kenalah bakar sendirik kalau Abu nak makan ayam, sotong, udang yang Abu ambik tadi...
itu contoh saja,
tiada kena mengena yang hidup ataupun yang mati,
kang Abu sentap pulok doh....ish...ish..ishhh!

orite untuk pencuci mulut ada eskrem,
suka hatilah nak makan berapa tan, kilo matrik eskrem tuh pun,
janji makan sampai kenyang.
semuanya self service,
jadi kurangkan rasa malu kalau nak makan okeh,
sebab kat restoran ini dikira kepala bukan dikira berapa harga sepinggan makanan.
sedikit info, untuk dewasa herga  RM25.00
kanak-kanak herga RM12.00

berbalik kepada kisah besday,
wow!
macam tak percaya pulak bila satu family aku menyanyi lagu besday dengan penuh semangat kenegaraan.
terharu tau,
semuanya menyanyi macam ni,
hepi besday to u, hepi besday to u,
hepi besday to makngah tasha....
hepi besday to uuuuuuu.....
yeayyyy....
clap your hand....
clap your hands.....
aku pulak dengan bangganya meniup lilin...
dek kerana dah 20 tahun tak tiup lilin atas kek besday,
jenuh pulak lilin tuh tak padam-padam even aku dah tiup sikit punyalah kuat.
cit!
buat malu sajork.
kuikuikuikuikuikuikuikuikui....

teruja sangat bila potong kek,
rasa nak nangis pun hado.
terima kasih mak, abah, suamiku, kak Jue, abang hazri, iera, hani zaara, mak teh sekeluarga dan pak uda sekeluarga untuk meraikan besdayku ini.
and thanks also for the besday gift!
=)
beruntung aku dapat family in laws yang tersangatlah baik begini.
tolong jangan berdarah idong yer kawan-kawan (bak kata cik wawa)...
hehehehehehe!
oklah itu saja,
nak pi buat appointment jap dengan bomoh Siam,
tengok dalam mangkuk aiq jampi sapalah yang panjang tangan curik kamera aku tadik!
choiiiiiiiiiiii!
tak ku halalkan donia & akhirat...
~lebur sudah gambar satu family pegi tengok balloon...ya ampun!~
=(   =(    =(

that's all folks!
tata.

it's my birthday cake!

me, hubby & haniey...

tengok tuh teruja-teruji aku tiup lilin kannn????
sekali lagi aku terover teruja bila orang nanyi lagu hepi besday..siap tepuk tangan bagai...hihihihi!

this is half of the food...nyum2!
siap leh bakar-bakar huhuhu...tengok suamiku sengih sampai ke pipi!
dari atas: udang nyum!, ayam nyum!, daging nyum! dan mentarang nyum!

my best ever day....! love you guys kuat-kuat...=P
lagi sekali nak...
tata!

*nak tau kek mano tompat ni, sila tinggalkan komen ando yo...!*

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...