Iklan

Sharemyloves Geng!

28 February 2011

Zoo Negara...here we come....!

itu dia skandal terbaru & terkini..hehehehe!
Salam.
Tengok tajuk entry pasti sudah tahu,
apakah story-mory in the morning glory i today....
hehehehehehe.
Itulah dia, jadi solehah aku seketika apabila menghabiskan sisa-sisa hujung mingguku bersama keluarga.
(mak, abah, kak jue, abang hazrie, erie, aku, eira & haniey zaaralisa)
ha....! kan solehah gitu.
Ahad semalam,
telah tercapai hajatku untuk menjejak kaki kali ke-2, iyeap!!! kali ke-2 ke zoo negara.
tempat yang dipenghuni oleh segala jenis haiwan & habitat liar
ada singa, harimau, buaya, ular, kambing, lembu, arnab, ikan, badak sumbu, zirafah, gajah, ikan-ikan malahan penguin pon hado!
yang tak hado, khinzir saja....sebab aku tak nampak pon kelibat si eok-eok-eok tuh.
hehehehehehehehe.
Perjalanan seawal pagi dimulakan dengan sarapan pagi di rumah makcik Ani a.k.a ibu mertuaku...
Sedang dia menumbuk bahan-bahan untuk nasi goreng tersedap didunia itu,
aku pun meng OFFER kan diri untuk menggoreng jejari ayam & nugget prawn,
tengok tuh...kan aku dah cakap aku ini solehah orang nya...
hehehehehe.
setelah perut diisi, kami pon...vrroooommmmmmmmmm ke zoo negara kira-kira pukul 11.00 am.
Sesampainya disitu...aku dengan penuh kejakunan telah tidak keruan...
eh! macam mimpi berjaya jejak kaki ke zoo..umpama berjaya jejak kaki ke bulan.
huahuahuahua!
cuma tak bawak bendera Malaysia pacak kat zoo saja..hehehe ala-ala macam pacak kat bulan....
Okeh kengkawan sedikit info pasal zoo, 
untuk masuk ke zoo entrance per person - adult: RM25 - RM30
manakala, kids: RM16
mahal jugak tuh tapi takpa lah kita anggap sajalah bersedekah untuk haiwan-haiwan tu kan? kan?
itu dia tahap kesolehan terserlah buat kali ketiga...kuikuikuikuikui.
Di zoo, kami terus bergegas (paling gegas ibu mertuaku) kerana tidak mahu melepaskan animal show di zoo amphitheatre.
memang teruja dan teruji melihat singa laut dan monyet membuat aksi dan persembahan.
jakun sekejap aku. hehehehehe.
biarpun kadar entrance agak mahal...tetapi pengunjung memang ramai ke zoo negara beb!
betul aku tak tipu. hehehehehehehe.
Persinggahan pertama di akuarium yang banyak sangat ikan...memang kalah lah AQUARIA kat KLCC nun.
aku yang paling teruja dekat area sini,
peminat ikan lah katakan..hehehehehe.
lepas itu, kami meneruskan perjalanan menaiki trem untuk melawat sekitar zoo
(gila ayat skema) hehehehe!
memang lah macam nak menitis airmata tengok zirafah depan mata, masyallah! cantik sungguh!
hehehehehehe.
Erie chowdry pulak memang terkagum tengok harimau yu olsz!
ish.ish.ish
itu pasal T-shirt Quicksilver dia pun chop harimau jugak kan?
hehehehehehe. kantoiiii!
sepatutnya kan yang paling teruja kan mestilah anak buah ku haniey, tapi kesian itu budak, sampai tertidur bila penat berjalan mengelilingi zoo.
kelakar aku tengok bila mulutnya muncung bila kami tanya....
"haniey how the sound of the tiger?"
- dia jawab: huuuwwuuuuuuu
"haniey how the sound of fish?"
-dia jawab: fisss...fisssss....
"haniey how the sound of bird?"
- dia jawab: bedddd..bedddd..bedddd
yang paling best bila tangan dia kena jilat dengan lembu hehehe, menangis bila ikan arapaima besaq berenang sebelah dia, dan takut dekat turtle gergasi...hehehehehe.
budak-budak macam tuh lah kan....
Disini aku nak list kan beberapa barang yang harus di pakai dan dibawa semasa ke zoo negara:
a) pakai pakaian yang selesa, menyerap peluh
(jangan 'gagah' nak pakai baju kurung,kebaya, atau baju gaya nak ke clubbing...tak sesuwaeiiii yu olsz!).
b) pakai kasut yang selesa, cth: kasut selipar, flat shoes, sport shoes 
(jangan 'gagah' pakai heels 8 inci, kasut tumit tebal pun tidak digalakkan).
c) bawak minuman, air mineral, bekal, seperti: nagget, nasi, bihun, mee, sandwich atau apa saja makanan ringan. Kerana harga di dalam zoo akan naik sekali ganda u olsz!
d) Bagi mama-papa sila bawak payung, stroller, baju yang sesuai untuk baby dan pampers lebih untuk menghalang kebocoran. Kerana suasana disana bermusim savanah - yakni sangat panas kini dan stroller untuk kesenangan menolak baby anda. 
e) Beli peta atau map di dalam zoo, supaya anda tidak sesat barat bila masuk ke dalam situ. Ianya boleh didapati di information counter dengan harga RM2 sajork.
d) Pastikan bateri camera & handphone anda mencukupi... yelah untuk mengambil gambar kenangan atau pun untuk menghubungi keluarga kalau tersesat sorang-sorang dalam zoo.
Aku disini ingin merakamkan ucapan tahniah & syabas mere betty kepada:
petugas-petugas di zoo negara (you guys have done a really good job!) yang sangat ramah-tamah-samah-jamah melayan keperluan pengunjung, makcik-pakcik cleaner yang menguruskan toilet disitu kerana tahap toilet yang sangat 5 star, abang driver trem (kenderaan di zoo) yang bermurah hati mengambil gambar daku sekeluarga dan menerangkan selok-belok tentang zoo, kakak di counter penerangan yang pok-pek-pok-pek beri banyak ifo...(serta berjaya memujuk adik iparku terpengaruh membeli peta zoo), serta volunteer UPM yang mengurangkan kesesakan di pintu keluar zoo dengan memberi servis percuma membantu pihak zoo.
huyoo..panjang sungguh ucapan terima kasih itu...
Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis dan Para Hakim Yang Bijaksana.....
itulah penangan zoo negara yang terletak di Hulu Kelang, KL.
saya menyarankan agar bersama-samalah membawa keluarga anda kesana menikmati cuti dihujung minggu...
tidak kisahlah harga nya mahal atau kaki terpaksa menanggung sakit dan melecet akibat berjalan ke sana-sini. (gagah pakai kasut tinggi).
yang penting ikatan sebuah keluarga makin rapat dengan menghabiskan masa duit di zoo negara ini.
Disini aku akan tempek kan picca kami sekeluarga sajork, yang picca haiwan, pasni aku tempek, bukan nye ape yu olsz memang banyak gila picca jenuh aku nak upload...kata gila glemer..hehehe!
kenangan di zoo, itu budak siok tidorrr!
info centre...tadaa! we got the map already....

pergi zoo, bawak duit lebih sikit boleh beli cenderamata, cenderatelinga bagai....

jangan lupa try bawak trem & bergambar tunjuk jari tanda peace not die!

pergi zoo wajib pakai baju bermotifkan heiwan, supaya sehati sejiwa seraga..
family's day out at national zoo!

itu dia pengunjung zoo negara menyaksikan animal show....kan aku cakap ramai!
tudia...animal show yang mengalahkan rating Akademi Fantasia yu olsz!

my sister in law bersama anaknya, haniey yang terkagum melihat ikan ....
ini pergi zoo kah? pergi pantai kah? dimanakah? hehehehe...
ikan turut serta bergambar kenangan bersama kami....
ehem..ehem...ehem...bergambar bersama erie chowdry tercinta!

break time after 15 mins menjelajah zoo! ponek den....


tiga dara pingitan....hehehehehe
driver trem meng offer kan diri untuk mengambil gambar kami sekeluarga!

trem sudah bergerak, chalo mere betty!
siok ooo....kat zoo macam-macam hado!

heiwan-heiwan di zoo dan pengunjung bergambar kenangan bersama....
itu dia maskot Ambank bersama mak & aku..

she's afraid of camel too...! watch her face =)
taman serangga! menjadi tempat persinggahan kami seterusnya

komunikasi antara haniey & turtle itu sangat berkesan..."hi. mr turtle!"

lelong-lelong ular sawa...sekilo 5 hengget!

kakak iparku yang manis berani sungguh kamu memegang itu ular! eiiiiiuuwww!
abahku muka sudah cuak, mak masih tersenyum lebar....

sapa takpernah tengok bontot gajah silakannnnn tengok!
itu saja esok sambung bye!

2 comments:

WaWa_EzRiLL said...

cumel sungguh driver zoo itu...sure penuh train hang...

Natasha Farina Arifin said...

wawa: hehehehehe mestilah comel rupa ada iras shah BERUK khan...hehehe

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...