Iklan

Sharemyloves Geng!

17 February 2011

Serina's Wedding in AFC Channel!

Salam.
Kejap nak flasback.
Oh! ya, 14/2/2011 lalu.
Tetiba dikejutkan dengan beberapa sms dari MIL, untie-untie dan mama.
Berhubung dengan...ewah! guna perkataan berhubung tuh,
rancangan perkahwinan serina - gavin
lah..anak chef mulut pokpekpokpek tuh..
datuk chef wan.
untie said: weh! tengok AFC channel now...
MIL said: tengok serina kawin kat AFC
mom said: serina kawin lekaih tengok!
Hubby (erie) sambey girangnya terus bukak afc channel.
sambey mulut dia terkumat-kamit..."amboi sayang mewahnya baju dia..amboih sayang tengok tuh makanan dia, amboih sayang siap ada minah gelek-gelek (tarian arab), amboih sayang hantaran tuh lawanya, amboih sayang ramainya mat salleh kat wedding dia..."
itu lah erie, dari tadi asyik la amboih sayang sana, amboih sayang sini, amboih sayang situ,
huahuahua.
yang aku terpegun seketika.

*huyoo...wedding dress dia macam icing kek*

chef wan, sebagai si apak pengantin sangat bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar,
tampak mewah dan elegen betul wedding tu.
siap ke dapur hotel dia terjah..hehehe.

*nice cake..chef wan buatkan designkan gak ke?* hehehe

rasa masakan itu, ini, siap suruh master chef hotel tambah cinnamon lah, added more pineapple lah, kuah satay jangan cair sangat lah...wah! marbeles yu all!
untung serina.
lagi pulak wedding dibuat program di AFC sempena valentine's day.
i guess.
memang kena seharusnya gemerlapan la kan?
nama-nama pereka seperti Jovian Mandagie, Radzuan Razwill, etc memang tidak boleh dipisahkan.
Tengoklah betapa cantiknya kebaya berwarna ungu yang dipakai serina.
dengan batu-batuan kristal..fuyoo! memang ada kelas!
kisah itu aku nak kaitkan dengan kisah wedding di johor baru-baru ini.
area yang banjir 2,3 minggu lepas.
aku terbaca akhbar dan terkesima tengok sepasang pengantin menaiki sampan untuk menyempurkan majlis akad nikah dan perkahwinan diaorang.
wah! syahdu dan meruntun jiwa.
kalau aku, aku nak imagine tengah kayuh perahu yang romantik macam kat perancis tuh.
huahuahuahua
disini, aku tersedar betapa pentingnya sebuah ikatan perkahwinan.
tak kira lah diadakan di hotel mewah 5 bintang atau hanya di sebuah kampung terpencil yang jauh pendalaman.
tak kira lah samada menaiki rolls royce, mercedes, bmw, bentley, ferrari, honda, myvi, kancil, hatta basikal sekalipun,
kenduri tetap kenduri.
pasti disambut secara meriah.
tak kira lah dapat paper beg bersalut emas ke, dapat bunga telur je ke, dapat kerepek ke, bahulu sepaket ke, hatta summi sekalipun,
kenduri masih disebut kenduri.
alkisahnya, menjelang cuti sekolah yang bakal menjelma, banyak pulak undangan kahwin kan?
jenuh pulak nak mix & match baju itu, kasut ini, tudung itu, beg ini..
itu susahnya jadi wanita.
sentiasa mahu dipandang cantik, bak kata pepatah yang tak pernah patah,
sedap mata memandang!

*hadiah kawin kat kawan yang banyak berjasa pada erie*


harus jugak merengek pada sang suami, bb..pakai lah baju kaler sekian-sekian baru match dengan sayang..kan baru nampak sehati berdansa gitu..
terpinjam kata-kata seorang rakan selunch, sepejabat, Wawa
"wah! jangokkkkk laaa....."
hehehe.
itulah perangai segelintir isteri kan?
angguk tanda setuju sekarang..
itu belum dikira yang punya anak,
kalau boleh jika bertemakan pink,
dari hujung rambut ke hujung tapak kaki mahunya disarungkan pink.
hehehe.
setuju lagi sekali?
sila angkat tangan wahai para ibu budiman sekalian.
itulah dia penangan kenduri kendara,
dari pengantin, ke tetamu hatta mentara (bahasa orang utara untuk pelayan yang cedok-cedok lauk)

*itu dia MIL bertemakan merah yu allz...sebagai mentara untuk wedding neighbours*


semuanya kalau boleh mahu bergaya sakan mengikut tema.
mak apak pun tak ketinggalan bergaya, walaupun ketiak dah lecah dengan peluh ke sana-sini berkejaran menyambut tetamu.
itu rasionalnya sebuah kenduri.
memberi makan tetamu tanda meraikan hari bahagia anak-anak.
jadi nya ibu-ibu dan apak-apak sekalian,
semuanya harus mengikut pendapatan kita,
jangan ter OVER bajet, nanti menanggung hutang ke anak cucu.
Jangan ikut pepatah orang Perak yakni..
bior pape asal bergaye...
(biar papa asal bergaya)
nanti gaya tak kemana-mana, hutang yang berjela-jela.
hehehe.

Bye!

*jangok = bahasa kelantan yang bermaksud BERGAYA.

No comments:

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...