Iklan

Sharemyloves Geng!

16 February 2011

Selasa Hari Cuti!

Salam. Hari cuti begini patutnya semua orang nyenyak tidur lagi. Tarik selimut, pelok bantal busuk, pelok suami, pelok anak. Tapi aku gigih. Gigih bangun awal even jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Ok lah tu dari aku terbabas ke jam 2.00 petang kan? Ku renung muka suami, even tiada seputih melepak mana pun, even tiada alis mata yang lentik, hidung mancung bak seludang ke aku tetap sayang sama lelaki ini. Syuhhh! Pelan-pelan aku bangun terus bukak water heater dan bersiram. 
Cuti hari ini aku dah berjanji, mahu siapkan kerja sekolah yang mencapai tahap maksimum. Padat maksimum macam iklan milo fuze tuh yang lelaki gemuk berbadan sumo bersumbat-sumbatan dalam kereta mini hijau itu. Yup! itu perumpamaan tepat bagi aku. Untuk menyiapkan English, Accounts, dan ,membaca karangan dari author yang aku sendiri kurang kenal, yakni buku Economy dan Management. Sumpah! aku rela baca buku Sains Paduan Tingkatan 3 dari baca buku ini semua.
Jadi isteri dan jadi pelajar bukan perkara mudah. Kena masak dulu, untuk kenyangkan perut suami tersayang, lepas tuh baru boleh rileks-rileks tenung buku. Tenung dulu, ambik mood untuk belajar. Bila nak baca buku, teringat pulak ada assignment belum siap. Itu lah dalam rutin seharian, bila teringat test, quiz, assignment, presentation...kepala jadi serabut macam mi meggi. 
Dulu-dulu kalau malas buat semua perkara di atas kena denda berdiri atas kerusi, atas meja, ketuk-ketampi. Sekarang tak mungkin lecturer tergamak nak suruh ketuk-ketampi kan?. Jadi aku rasa memang tak tergamak pun untuk buat semua denda tersebut.
Sekali lagi bila teringat final is around the corner, aku tambah energy untuk siapkan kerja sekolah. Patutnya aku berterima kasih pada Mr. Google. Banyak bantu aku dalam search engine dia. Laju, saja aku copy paste. Hehehehe. Tahniah tasha, tahniah!.
Bila suami dah bangun laju aje aku bagi arahan..."B tolong sapu dan mop rumah tau, sayang nak masak ni"..."B tolong buang sawang tau, rumah dah macam citer Adams & the family", "B tolong buang sampah tau.." asyik lah B itu, ini. Hehehehe. 
Setelah aku siapkan sambal sardin power, dan menu kepakaran aku ayam goreng Thai, aku pun santap bersama suami. Kenapa aku cakap sambal sardin power??. Sebab suamiku menambah 2x dan licin lauk sardin tu. Itu sebab aku gelarkan sardin power!. Hehehe (gambar tiada dalam belog kerana semuanya telah dihadam oleh kami)
Itulah kami, suka makan dirumah berbanding di luar rumah. Habis kuat pun kami makan kat rumah MIL. Nak berjimat katanya. Dan aku...itu aku...yang suka memasak, suka sangat imagine diri macam chef. Sebab itu bila masak nak sangat try sampai kuali terbakar-bakar api setinggi semeter, dua meter..hehehe. Baru trill!
Bila malam, delivery makanan dari MIL telah dibawa oleh suami. Hehehe! Keow teow sup daging dan laksa johor serta..serta...jagung madu rebus!, Nyum-nyum. Sekali lagi ditaja oleh MIL. Sila jeles!.....
Sambil makan tengok buku, amboi sampai buku pun penuh atas meja. Konon study, tapi berlakon aje lebih. Study tak kemana pun. Memang taleh masuk la, study awal-awal. Buat assignment boleh lah kot. Itu je lah catatan belog hari ini. Aku pun terasa awat lah aku skema. Mungkin terikut ayat google yang aku copy paste tadi. Huahuahuahua. Motif cerita hari ni pun haram aku tak tau. Main bantai tulis aje, so berjumpa lagi kengkawan....betul..betul..betul!
*makanan sihat di atas meja di rumah aku*

bye!

No comments:

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...