Iklan

Sharemyloves Geng!

12 February 2011

Saya Keguguran!

Salam semua.
Sudah bersawang belog ini, dulu belog ini penuh dengan kisah suka dan duka.
Bukan merajuk, no.no.no. bukan.
Dah baca tajuk Cik Cha kan?
Yup.
Perkara yang amat ditakuti oleh sekalian wanita.
Tipu!
Kalau cakap tidak bersedih hati.
Rasa down gila, hampir nak meroyan....
Bilamana setiap malam sedih, menangis teringatkan janin didalam perot yang dibawa kesana sini selama 3 bulan.
Tanya Mr.Asben, bahu dia tempat mengadu. bahu dia tempat tertumpahnya airmata.
Itu gunanya suami saat suka & duka. =)
Kisahnya bermula, bila di awal kehamilan bleeding non-stop (wat I mean is plot2 darah)
dan Cik Cha lekas-lekas ke hospital.
1st check up = ok!
2nd check up = ok!
3rd check up = heartbeat baby lemah =(
4rd check up = FETAL NO HEARTBEAT!!!!!
Doc: Puan, saya minta maaf puan kena jalani operation D&C, puan keguguran.
Cik Cha: Doc, kenapa boleh jadi lagu nih????
Doc: Erm...many reasons and saya pun tak boleh jelaskan what is the main problem.
Cik Cha: =( (menangis) + (menangis)
*itu dia tanda pece not die..before operation bermula*
-pic after operation tak kosa aku nak snap-
huahuahua

Prosedur D&C
27/1/2011: ambil darah (3 botol) =(
28/1/2011: 
7.00 am - daftar di unit kecemasan hospital
7.15 am - daftar di Daycare Ward
7.20 am - tukar baju, pakai baju hospital
7.30 am - masuk daycare ward, katil no. 2, patient no. 2
8.30 am - Doc datang & terangkan kompilakasi sebelum, semasa dan selepas proses d&c
9.00 am - Doc masukkan ubat kapsul ke dalam alat sulit
 -shy-
sakitnyer lah kena jolok dengan jari doc =(
10.30 am - Contraction terasa..ini sangat sakit ye kwn-kwn because this is force contraction, kontraksi secara paksaan, kesan dari ubat 'torpedo' tadi yang bertujuan membuka ruang rahim lebih luas, dan disertai darah dan lendir yang banyak. betul-betul banyak. banyak-banyak.
11.00 am - Nurse panggil 'Puan Natasha Farina...bersedia untuk operation yer'
perasaan takut sikit. Mama pesan baca selawat Nabi Yunus byk-byk. Cik Cha tengok muka mama, muka Mr. Asben, rasa memang macam nak menangis. Macam rasa nak mati. Ish, jikalau itu hari terakhir aku, alangkah banyaknya dosa ku pada kedua-dua insan yang paling mulia dalam hidupku ini =(
11.05 am - Kena tolak atas wheel chair, padahal Cik Cha masih kuat untuk berjalan. takut? no way! im not afraid, even bibir terkumat kamit baca selawat, ayat kursi, surah al-fatihah, surah 3 Qul.
11.10 am - Sampai ke OT (operation theatre) bukan OVERTIME! nurse dah soal siasat; nama siapa? Ic number ape? untuk jalani operation ape? wah.wah.wah. nurse dah macam inspekter syahab nih. hehe
11.15 am - Mama & Mr. Asben still ada sambil Cik Cha cium tgn diaorang. Sedih wooo. Then Pakar Bius, yakni Dr. Azizan sampai, perkenalkan diri dia. Dalam hati Cik Cha kata...ceh! ini doc yang bakal menyakiti tangan aku & buatkan aku pengsan...nah! rasakan....
11.20 am - di sorong ke Dewan Bedah 9. Mata blur tak pakai lens. Tetibe Doc. kata : sabar puan, nanti anak ni tunggu di pintu syurga.
SEBAK!! -airmata mengalir deras-
Operation bermula Doc. Azizan memulakan misi menyuntik jarum ke tangan Cik Cha, bismillahhirahmanirahimmm....
-senyap.mimpi.khayal.high-
Doc O&G memulakan kerja merobek2 itu dengan jayanya.
syabas.syabas.
12.10 pm - Nurse kejutkan dari bius. Cik Cha sedar but still mamai. Perut rasa memulas. sakit gila. Eh.eh! aku tanye nurse : boleh saya berak dulu?
Nurse sengih. Dia jawab: Puan itu bukan nak berak, tapi rasa sakit normal after operation.
Huahuahuahuahua.
Boleh buka mata terus nak BERAK?
wth?
Bukan nak ingat tuhan ke, ingat mama ke, ingat Mr. Asben ke.
Hehehehe.
Sengal.
12.30 pm: Rehat & tidur di ward.
3.00 pm - Mama & Mr. Asben & Dik Akim sampai. Fuhh! lega. Leh nak ngade2 sikit. Suh mama papah gi toilet, nak terkucil. Darah nifas..fuhhhh! banyak gila. Malas nak citer. Huahuahua
3.30 pm - Doc dtg, sembang-sembang dan ketuk-ketuk perot. Rasakan tasha! rasakan. Sakit betul macam nak penerajang doc tuh sedas dua. hehehehe
4.00 pm - Buat muka sempurna macam tak sakit nak mintak balik awal. Hehehe. Gila hebat lakonan even sakitnya tuhan yang tahu. Doc dah bagi mc seminggu dan, dengan lajunya balik terus ke mom's 2nd house di Selayang.
7.00 pm - Mulalah kehidupan berpantang. Teman baik ketika itu, tungku, daun mengkudu, lada hitam, kunyit hidup, pati ikan haruan polleney, jamu, ulam pegaga, air suam, milo, biskut chap ping pong.
Huahuahua.
Ko ingat ada mama nak kesian bagi aku kfc? prosperity beger? pizza seri emas baru tu? nandos?
Mimpi lah. Huahuahuahua.
Bila Cik Cha bercerita ramai kawan cakap, yelah kalau bersalin lagi sakit. Tapi bersalin itu bukan secara paksaan, cukup due keluar baby. Air ketuban pecah ada contraction naturally.
Yang d&c ini semua forcing or PAKSAAN!
Bayangkan rahim korang dirobek, korek, diberus dengan segala mak nenek tools!
Hebat.hebat.hebat.
Kalau bersalin, sakit perit pun tak apa, tengok baby sejuk hati. lega hati.
Nih nak tengok ape? Cer cite. cer cite?
Hanya yang menngalami mengetahui nya.
Ini cuma pengalaman sedih. tapi Cik Cha dah minum air penawar, kuatkan semangat, solat minta doa banyak-banyak-banyak.
Pada mama = terima kasih jadi seorang ibu yang baik pada tasha ma!
Pada Mr. Asben = suami yang sabar dan banyak membantu.
Pada family = terima kasih datang melawat, bawa banyak buah tangan.
Pada kawan-kawan = terima kasih beri semangat pada Cik Cha.

Itu saja.
Jikalau dibandingkan kesedihan ini dengan duit ringgit memang tiada tandingan.
Sedih tetap ada lagi.
Pada yang memahami Cik Cha ucapkan thx.
Pada yang tidak memahami, asyik muncung bila kita tiada di ofis tuh, sorry the lorry in the in evening glory.
BUKAN KU PINTA JADI BEGINI!

tetiba Cik Cha suka pepatah ni: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, pikul @ gendong!



6 comments:

ziema said...

ala cik tasha... sedih+ngeri tau baca entry kamu.. apa tah lagi rasa sendiri kan? :(

bertabah ye..kuatkan semangat :)

Hanie Ly said...

Tak dapat bayangkan perasaan u lah... dah pregnant for 3 months... :( Ape pun everything happen for a reason... mungkin lain kali ada rezeki lagi... Sabar yeh!

AkmaFaizal said...

Patotlah lama tak update. Sian ko. Mungkin past ni rezeki ko bertambah2. Allah Maha Mengetahui, ko orang yg dipilih utk menghadapi dugaan ini. Ada hikmahnye tu... sok2 manalah tau..berderet2 anak ko..Amin.

noraim said...

betul kata dokter. ank tuh akn tgu akak dkt pintu syurga nti. sabar ye kak :)

Natasha Farina Arifin said...

ziema: thx ye.. mmg ngeri sikit hehe
haniey: tgh belajar kuatkan semangat nih
kema: tau xpe aku sxehat ler
noraim: kan????mmg anak tuh akan tgu disyurga...

Mama Likha said...

sabar ye cha. amma likha pun sedey part doc cakap '' anak ni menanti di pintu syurga..'' syahdunya..


apa2 pun,nti kite roger2 kt fb yer.r...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...