Iklan

Sharemyloves Geng!

20 December 2010

WTH? its pay day time!

 *tidur bertemankan buah hati kesayangan itu mendamaikan*

hari ini hari isnin. hari monday. hari kena buang selimut dari badan. hari kena lepaskan pelukan bantal, pelukan yang tersayang, pelukan teddy bear. hari kena mulakan bekerja semula. hari kena mencari rezeki. hari kena bangun dan kuatkan semangat.
hari ini walaupun situasi dan mood berada dalam keadaan tertekan, kerana jem, kerana emosi, kerana gangguan anasir luar dan dalam, kerana gangguan buzybody, kerana tension, kerana bergaduh dan masam muka, kerana tidak suka ke pejabat, kerana tidak suka tengok muka nyamuk-nyamuk, kerana pertukaran hormon, kerana ada arus udara yang terlalu sejuk, kerana ada 'superior' yang lebih garang, kita tetap harus wajib ke pejabat mencari rezeki. 
tipu kalau kata sesuap nasi. kerana gaji kita bukan hanya mampu untuk memberi makan kita sesuap nasi saja. namun, bersuap-suap bukan sahaja nasik, bahkan mi, mihun, keow teow, mi kungfu, mi ladna, sup ayam, tomyam, nasi goreng kerabu ikan masin, telur mata, sizzling mi bahkan bermacam jenis makanan lagi yang boleh dibeli dengan gaji kita. insyallah.
hari isnin kalau budak-budak nak pegi sekolah malas, ini pula ibu bapa yang bertambah malas.
kenapa ada hari isnin?
kenapa tidak terus hari selasa?
Allah SWT yang maha kuasa.
Ada kelebihan bila hari isnin.
Jangan asyik sebut.
"IM IN MONDAY BLUES MOOD"
ada gak aku sekeh, belit-belit pale korang semua.
Walaupun ekau nyatakan betapa hari isnin itu malapetaka.
namun hari isnin tetap wujud minggu depan, minggu lagi satu , minggu dua kali lagi satu dan seterusnya.
bila kita nyatakan jumaat itu penghulu segala hari, harus disematkan dalam diri juga bahawa isnin itu pembuka rezeki.
pembuka pintu hari, pembuka segala nya.
bila kita emosi, jangan ditegur, bila kita cool baru cuba tegur,
bila kita dibawah pengaruh tensionasi, usah dicabul kemarahan itu.
biarkan emosi dan tensionasi itu redha sendiri.
kerana apa?
kerana hari itu hari isnin.
alasan paling tetap kenapa semua berada ditahap maksima emosi dalam diri manusia.
jangan salahkan diri.
jangan salahkan hari.
jangan salahkan sesiapa.
walaupun betapa benci, menyampah tahap gaban, tahap otromen, tahap kesatria baja hitam, tahap nujum pak belalang..
hari ini tetap hari monday.
hari monday ini yang berlainan dari hari yang lain.
kerana hari monday ini, 
adalah.
HARI GAJI @ PAY DAY!
yeay!

nota kaki: sedikit emosi itu perlu. ular tedung tidak akan mematuk mangsanya jika, mangsanya itu tidak memulakan percaturan amarah si tedung tadi. Ada paham? tak paham? ikut kata nabil RL, lu pikir lah sendiri!

4 comments:

akmafaizal said...

yeay...banjer laaa..cepat tul dpt gaji ek. bonus dapat sekali ke?

aNaYaNa said...

haha..kemain lagi marah hari isnin..padahal hari gaji upenyer..

kalo kat kelantan kena tukar la..im in sunday blues mood..hihi..

Natasha Farina Arifin said...

kema: ini gaji kerajaan mmg gini doh taleh ubah2 tarikh nye cik kema weh..bonus celah mne? bile PM umum ada bonus tuk org gomen? oohhaaiiii
yana: eh idak lah ambo marah..hehehe cuma menyatakan pendapat hehehehe. hehe iye gak eh..sunday blues lagi tensen kan? tokleh tengok melodi & nona...uwa!!! kejam tuh....hehehe

akmafaizal said...

lor..ye ke takdo bonus..sedey2.awat kemut gat PM lo ni? akeke

ko kena tag lagi utk join ga. baik buat utk dpt tudung pree..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...