Iklan

Sharemyloves Geng!

17 December 2010

Empat minggu hamil. Yeay!

Perkembangan fetus - hamil 4 minggu

sak yolkaembrio
Bila hamil baru tahu kena makan makanan berzat. Bukan sakan pulun mengunyah asam, ceklat, kepok, cikedis, minum kopi, neskepe dalam tin 3 in 1 (mocha), mc donalds, KFC, macam-macam junk food lain. Nama pun junk food harus kena elakkan untuk masa hadapan bayi. Bagi dapat bayi yang lebih sehat walafiat! So, Cik Cha berusaha menambah ilmu didada mengenai kehamilan. Maklum lah, segala selok belok dan ilmu kehamilan. adalah ZERO! kena banyak membaca buat rujukan & praktiskan. Inilah babycenter.com yang best, terbaik dan terbanyaklah ilmu untuk dikongsi bersama-sama bakal ibu mahupun yang ingin mengetahui tentang kehamilan.

Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil.  Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.

* bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim* 
- rujukan sangat  berguna di Babycenter.com rakan-rakan sekalian.
~jangan merokok, jangan minum arak, jangan makan junk food, jaga mulut, jaga perlakuan, jangan sebok hal orang lain, berdoa, solat jangan tinggal Insyallah rezeki akan menjadi baik~

4 comments:

akmafaizal said...

wah siap wat research lagii..anda di tag utk superstar blogger..hehe

aQueen said...

salam .. jom join contest ni..

http://ameliashafer.blogspot.com/2010/12/contest-jom-cari-nama-adik-baby.html

adYna said...

tahniah ;)..
aku tag hang join contest nie

http://mamakembar3.blogspot.com/2010/12/mama-kembar-3-buat-giveaway-yay.html

sufiza said...

tahniah

jage diri baik2 k
jangan mengidam budu sudah nnt heheee

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...