Iklan

Sharemyloves Geng!

24 December 2010

Cerita Sedih Rakan kita....

 *al-quran penawar yang paling mujarab dikala kesedihan*

Salam semua. satu hari yang tenang dengan tetiba ada tak u all pernah rasa macam down gila? oh bukan jadi org gila cuma down gila. hahaha! kita semua mesti ada perasaan yang tidak senang pada orang kan? oh bukan hanya pada kawan-kawan tapi juga saudara mara darah daging sendiri. Mak, cikgu, tok wan, opah, semua pesan tak baik bergaduh kan? memang betul tak baik bergaduh. tapi apabila maruah kita dipijak-pijak, dihentam orang, diherdik maki, dicaci...wah! mesti kita pun tension kan? Ini bukan cerita saya, tapi ada seorang rakan teramat karib, paling akrab menceritakan pada Cik Cha. Dengan linangan airmata beliau bercerita, katanya Tasha nape adik beradik aku sendiri suka down kan aku? suka caci aku? suka pulaukan aku? suka mengata aku? suka hasad dengki dengan aku? Cik Cha pon kata, tak perla ini semua dugaan hidup kan? yang penting jika kita bersalah kita akui kesilapan kita. Biarkan orang berkata pada kita, kerana satu hari nanti perkara yang sama akan juga berlaku padanya. 
Menceritakan kepada Cik Cha, beliau ada cakap yang sepupu nya sendiri sangat suka memboikot nya. Ntah dimana silapnya, sepupu nya itu sungguh suka menarik muka masam & menyampah setiap kali bersua muka. Sepupunya itu orang bijak. belajar tinggi dan punyai segulung ijazah, berbanding dirinya yang hanya ada sekeping sijil SPM. Sedang hamilkan anak pertama, kawan Cik Cha kini berada dalam trimester pertama kehamilan dimana perlu berhati-hati melakukan kerja berat dan dilarang keras stress. Cik Cha dan beliau berkongsi pengalaman kehamilan yang sama. Menceritakan tentang sepupunya beliau berkata, sampaikan ada satu peringkat dimana sepupunya mengatakan...ada aku kisah pasal berapa orang anak hang nak ada? lagipun anak tuh masih dalam perut...apa-apa boleh jadi ntah-ntah tak sempat lahir ke dunia. Jika keadaan yang sama berlaku pada anda? apakah perasaan anda? Cik Cha simpati dengan nasib beliau. Sehingga begitu sekali kata-kata dari seorang sepupu darah daging sendiri kepada saudaranya. Agak mengejutkan bukan kawan-kawan?
 *jangan bila kahwin letak al-quran sebagai hantaran tapi ianya tidak dibaca....sedih kan?*

Cik Cha mula terkenangkan dan cuba menyelami nasib beliau. Mesti banyak stress yang ditanggung sementelaah, beliau mengandungkan anak pertama. pasti...pasti terasa tekanan itu. Cik Cha nasihatkan agar beliau bersabar banyak-banyak. Ada banyak cara, Cik Cha bagi beberapa doa untuk menghalang kesedihan dan enjoy dengan pregnancy itu. Anggap saja sepupu beliau itu sejenis kuman yang bakal hilang bila disembur clorox nanti. Benar sungguh kawan-kawan...jika benda yang serupa terjadi pada kita, apakah yang perlu kita lakukan?. Cik Cha nasihatkan beliau solat sunat, minta petunjuk dibukakan hati sepupunya itu. Dilembutkan hati dan buang sisa-sisa hitam yang terpalit dalam hati. Bukan nya apa, sepupunya juga seorang perempuan, tidak mustahil satu hari nanti beliau akan mengalami nasib yang sama. Cik Cha minta rakan tadi bertenang dan bersabar, supaya membaca Al-Quran dan mendengar surah-surah yang mendamaikan jiwa. Apa-apa pun ini entry yang sangat mendayu-dayu. Bila kita senang bukan semua orang akan turut bergembira dengan kita. Ada sekelumit manusia berhati kejam & binatang yang mahu menjatuhkan kita. Tapi kita kena muhasabah diri. Balaslah yang baik-baik belaka, dengan ucapan alhamdulillah, dengan senyuman dengan kata-kata terima kasih kerana mengingatkan diri saya tentang Allah SWT, tentang mati, tentang hari Akhirat kelak. Tepuk bahunya dan kata semoga awak akan dikurnikan dan ditemukan jodoh yang sempurna, masa depan yang baik dan menjadi insan yang baik didunia dan akhirat kelak. Doa saya sentiasa mengiringi anda....
 *bila terlalu jauh terpesong...al-quran akan jadi pembimbing ke jln benar*

*itu saja, can u imagine if u in her shoes rite now?* 

5 comments:

Manj said...

ya ALLAH
simpatinya pada si sahabt.
semoga dibukakan hati si sepupu sahabt tu

betul betul.setuju sangat entry ni.setiap kali berduka bersedih, Al-Quran akan menenangkan jiwa

LIKE THIS CIK CHA

akmafaizal said...

samalah. aku pun setuju. buat masa skang jangan dipikirkan pasal sepupu yg takde kena mengena dlm kehidupan perkahwinannye tu. mingkin sepupu dia jeles sebab dia bahagia skang..usah dilayan dgn orang gila, nnt kita boleh jadi giler.

walaupun kata2 nista yg dilemparkan, buat tak tau je. sebab esok kita tak tau apa akan jadi..Allah maha Pengasih dan Penyayang.stakat kasih sepupu tu apalah sangat klau nk dibandingkan dgn anak yg bakal dilahirkan. jagalah kandungan..nyahkan segala stress.

jgn lupa banyakkan membaca surah2 mariam, lukman, yassin dan yusof semasa kehamilan ni. Insya Allah doa utk jadikan anak2 soleh n solehah. Semoga yg mendung akan berlalu pergi dan esok akan cerah bersinar bersama pelangi.Amin

Fxysche Nas said...

Ya Allah,
mohon di lembutkan hati mereka yg berperangai mazmumah sebegitu utk bertaubat..
amiiin....

Lisa Izwan said...

Salam dar Brunei...
Really love your blog...congratz

Natasha Farina Arifin said...

salam lisa: thanks a lot..sudikanlah baca belog saya nih.... baru sgt update. thx again dear!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...