Iklan

Sharemyloves Geng!

24 December 2010

Cerita Sedih Rakan kita....

 *al-quran penawar yang paling mujarab dikala kesedihan*

Salam semua. satu hari yang tenang dengan tetiba ada tak u all pernah rasa macam down gila? oh bukan jadi org gila cuma down gila. hahaha! kita semua mesti ada perasaan yang tidak senang pada orang kan? oh bukan hanya pada kawan-kawan tapi juga saudara mara darah daging sendiri. Mak, cikgu, tok wan, opah, semua pesan tak baik bergaduh kan? memang betul tak baik bergaduh. tapi apabila maruah kita dipijak-pijak, dihentam orang, diherdik maki, dicaci...wah! mesti kita pun tension kan? Ini bukan cerita saya, tapi ada seorang rakan teramat karib, paling akrab menceritakan pada Cik Cha. Dengan linangan airmata beliau bercerita, katanya Tasha nape adik beradik aku sendiri suka down kan aku? suka caci aku? suka pulaukan aku? suka mengata aku? suka hasad dengki dengan aku? Cik Cha pon kata, tak perla ini semua dugaan hidup kan? yang penting jika kita bersalah kita akui kesilapan kita. Biarkan orang berkata pada kita, kerana satu hari nanti perkara yang sama akan juga berlaku padanya. 
Menceritakan kepada Cik Cha, beliau ada cakap yang sepupu nya sendiri sangat suka memboikot nya. Ntah dimana silapnya, sepupu nya itu sungguh suka menarik muka masam & menyampah setiap kali bersua muka. Sepupunya itu orang bijak. belajar tinggi dan punyai segulung ijazah, berbanding dirinya yang hanya ada sekeping sijil SPM. Sedang hamilkan anak pertama, kawan Cik Cha kini berada dalam trimester pertama kehamilan dimana perlu berhati-hati melakukan kerja berat dan dilarang keras stress. Cik Cha dan beliau berkongsi pengalaman kehamilan yang sama. Menceritakan tentang sepupunya beliau berkata, sampaikan ada satu peringkat dimana sepupunya mengatakan...ada aku kisah pasal berapa orang anak hang nak ada? lagipun anak tuh masih dalam perut...apa-apa boleh jadi ntah-ntah tak sempat lahir ke dunia. Jika keadaan yang sama berlaku pada anda? apakah perasaan anda? Cik Cha simpati dengan nasib beliau. Sehingga begitu sekali kata-kata dari seorang sepupu darah daging sendiri kepada saudaranya. Agak mengejutkan bukan kawan-kawan?
 *jangan bila kahwin letak al-quran sebagai hantaran tapi ianya tidak dibaca....sedih kan?*

Cik Cha mula terkenangkan dan cuba menyelami nasib beliau. Mesti banyak stress yang ditanggung sementelaah, beliau mengandungkan anak pertama. pasti...pasti terasa tekanan itu. Cik Cha nasihatkan agar beliau bersabar banyak-banyak. Ada banyak cara, Cik Cha bagi beberapa doa untuk menghalang kesedihan dan enjoy dengan pregnancy itu. Anggap saja sepupu beliau itu sejenis kuman yang bakal hilang bila disembur clorox nanti. Benar sungguh kawan-kawan...jika benda yang serupa terjadi pada kita, apakah yang perlu kita lakukan?. Cik Cha nasihatkan beliau solat sunat, minta petunjuk dibukakan hati sepupunya itu. Dilembutkan hati dan buang sisa-sisa hitam yang terpalit dalam hati. Bukan nya apa, sepupunya juga seorang perempuan, tidak mustahil satu hari nanti beliau akan mengalami nasib yang sama. Cik Cha minta rakan tadi bertenang dan bersabar, supaya membaca Al-Quran dan mendengar surah-surah yang mendamaikan jiwa. Apa-apa pun ini entry yang sangat mendayu-dayu. Bila kita senang bukan semua orang akan turut bergembira dengan kita. Ada sekelumit manusia berhati kejam & binatang yang mahu menjatuhkan kita. Tapi kita kena muhasabah diri. Balaslah yang baik-baik belaka, dengan ucapan alhamdulillah, dengan senyuman dengan kata-kata terima kasih kerana mengingatkan diri saya tentang Allah SWT, tentang mati, tentang hari Akhirat kelak. Tepuk bahunya dan kata semoga awak akan dikurnikan dan ditemukan jodoh yang sempurna, masa depan yang baik dan menjadi insan yang baik didunia dan akhirat kelak. Doa saya sentiasa mengiringi anda....
 *bila terlalu jauh terpesong...al-quran akan jadi pembimbing ke jln benar*

*itu saja, can u imagine if u in her shoes rite now?* 

20 December 2010

WTH? its pay day time!

 *tidur bertemankan buah hati kesayangan itu mendamaikan*

hari ini hari isnin. hari monday. hari kena buang selimut dari badan. hari kena lepaskan pelukan bantal, pelukan yang tersayang, pelukan teddy bear. hari kena mulakan bekerja semula. hari kena mencari rezeki. hari kena bangun dan kuatkan semangat.
hari ini walaupun situasi dan mood berada dalam keadaan tertekan, kerana jem, kerana emosi, kerana gangguan anasir luar dan dalam, kerana gangguan buzybody, kerana tension, kerana bergaduh dan masam muka, kerana tidak suka ke pejabat, kerana tidak suka tengok muka nyamuk-nyamuk, kerana pertukaran hormon, kerana ada arus udara yang terlalu sejuk, kerana ada 'superior' yang lebih garang, kita tetap harus wajib ke pejabat mencari rezeki. 
tipu kalau kata sesuap nasi. kerana gaji kita bukan hanya mampu untuk memberi makan kita sesuap nasi saja. namun, bersuap-suap bukan sahaja nasik, bahkan mi, mihun, keow teow, mi kungfu, mi ladna, sup ayam, tomyam, nasi goreng kerabu ikan masin, telur mata, sizzling mi bahkan bermacam jenis makanan lagi yang boleh dibeli dengan gaji kita. insyallah.
hari isnin kalau budak-budak nak pegi sekolah malas, ini pula ibu bapa yang bertambah malas.
kenapa ada hari isnin?
kenapa tidak terus hari selasa?
Allah SWT yang maha kuasa.
Ada kelebihan bila hari isnin.
Jangan asyik sebut.
"IM IN MONDAY BLUES MOOD"
ada gak aku sekeh, belit-belit pale korang semua.
Walaupun ekau nyatakan betapa hari isnin itu malapetaka.
namun hari isnin tetap wujud minggu depan, minggu lagi satu , minggu dua kali lagi satu dan seterusnya.
bila kita nyatakan jumaat itu penghulu segala hari, harus disematkan dalam diri juga bahawa isnin itu pembuka rezeki.
pembuka pintu hari, pembuka segala nya.
bila kita emosi, jangan ditegur, bila kita cool baru cuba tegur,
bila kita dibawah pengaruh tensionasi, usah dicabul kemarahan itu.
biarkan emosi dan tensionasi itu redha sendiri.
kerana apa?
kerana hari itu hari isnin.
alasan paling tetap kenapa semua berada ditahap maksima emosi dalam diri manusia.
jangan salahkan diri.
jangan salahkan hari.
jangan salahkan sesiapa.
walaupun betapa benci, menyampah tahap gaban, tahap otromen, tahap kesatria baja hitam, tahap nujum pak belalang..
hari ini tetap hari monday.
hari monday ini yang berlainan dari hari yang lain.
kerana hari monday ini, 
adalah.
HARI GAJI @ PAY DAY!
yeay!

nota kaki: sedikit emosi itu perlu. ular tedung tidak akan mematuk mangsanya jika, mangsanya itu tidak memulakan percaturan amarah si tedung tadi. Ada paham? tak paham? ikut kata nabil RL, lu pikir lah sendiri!

17 December 2010

Empat minggu hamil. Yeay!

Perkembangan fetus - hamil 4 minggu

sak yolkaembrio
Bila hamil baru tahu kena makan makanan berzat. Bukan sakan pulun mengunyah asam, ceklat, kepok, cikedis, minum kopi, neskepe dalam tin 3 in 1 (mocha), mc donalds, KFC, macam-macam junk food lain. Nama pun junk food harus kena elakkan untuk masa hadapan bayi. Bagi dapat bayi yang lebih sehat walafiat! So, Cik Cha berusaha menambah ilmu didada mengenai kehamilan. Maklum lah, segala selok belok dan ilmu kehamilan. adalah ZERO! kena banyak membaca buat rujukan & praktiskan. Inilah babycenter.com yang best, terbaik dan terbanyaklah ilmu untuk dikongsi bersama-sama bakal ibu mahupun yang ingin mengetahui tentang kehamilan.

Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil.  Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.

* bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim* 
- rujukan sangat  berguna di Babycenter.com rakan-rakan sekalian.
~jangan merokok, jangan minum arak, jangan makan junk food, jaga mulut, jaga perlakuan, jangan sebok hal orang lain, berdoa, solat jangan tinggal Insyallah rezeki akan menjadi baik~

16 December 2010

Baby's odw! Baby's odw! Yeay!

 *syuuhhhh baby tidor tu*

Salam.
Lupakan seketika mengenai perkara-perkara yang kurang menyenangkan disekeliling kita.
Tarik nafas & hembuskan.
Lupakan tentang 'nyamuk-nyamuk' yang suka mengigit kita.
Lupakan tentang 'nyamuk-nyamuk' itu.
Erk!
Ini bukan entry nyamuk.
Cuma ingin berkongsi sebuah kegembiraan.
Adakah kegembiraan dikira sebagai 'BUAH?'
Semalam, 15/12/2010 jam 6.15 petang.
Setelah berasa badan lemah, letih, loya, pening tahap gaban.
Mr. asben dengan manjanya mengajak Cik Cha ke klinik untuk check-up
"Sayang moh le ke kinik, sayang tuh macam tak sehat"
"Tak pela ni demam sikit jer nih. Stress kot."
"Kita kena gi jugak jumpe doc ambik ubat demam, pening yer?"
Di Klinik:
Doc dengan muka 3 kupang nya tanye soalan pertama.
'Bila u last period?"
"Errrm....14/11/2010 doc"
"Ok gi check urine dulu"
"Err..tapi doc, saya baru lepas shi-shi tadi, mana leh kuar dah shi-shi nih"
"Try la sikit pun tak pe"
Aduhai...dengan penuh ketabahan, kegusaran , kebimbangan, beberapa titis urine berjaya di pam keluar.
Hehehehe. Bodo guna perkataan pam
WTH?
Tetiba....jeng-jeng-jeng!
Seorang lelaki bernama DOCTOR telah mengubah hidup Cik Cha selamanya.
Dengan nada selamba dia cakap:
"Awak MENGANDUNG!"
what? what? what?
Memang Cik Cha & Mr. asben terkesima.
Baby's odw! Baby's odw!
Selama 8bulan menjadi penunggu,
Penungguan kami telah terbalas.
Saya telah disahkan mengandung 4 minggu.
Umpama mimpi dalam mimpi.
Mimpi telah menjadi kenyataan.
Cik Cha harap dapat muhasabah diri & menjadi insan yang lebih baik, elok & tidak mahu bermusuhan dengan sesapa pun.
Yang penting semua nya selamat & our family will be more complete with this baby on board.

1+1 = our baby
Due date will be on 21 August 2011
*puasa time, near raya time & near merdeka day*
 
Yeay!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...