Iklan

Sharemyloves Geng!

25 November 2010

Perangai Pelik Masing-Masing

*ntah apa yang pelik dengan baju nikah Cik Cha ini*
~giler tak de kena-mengena gambaq dan tajuk entri~

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; perangai bermaksud kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, pembawaan, fiil, canda, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk. Manakala bagi Cik Cha pulak perangai yang baik dan buruk seseorang itu, menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang itu. Berbicara mengenai perangai ni masing-masing pasti ada perangai pelik kan? 
Ekau jangan sengih-sengih tipu Cik Cha yek!
Perangai pelik seseorang itu bergantung kepada diri individu itu sendiri. Lazimnya (cewahhh..ayat haku) perangai pelik ini berlaku pada kanak-kanak. Sebagai contoh; tak boleh berenggang dengan botol susu, bantal ucuk, teddy bear yang ada bau mashyem dan banyak lagi. Time kecik-kecik dulu Cik Cha suka bebenor dengan bubur cha-cha. ha..tak tau ape itu bubuq cha-cha? jap yer dik-dik non:
*terliuq dengan ketampanan kamu cha-cha*

Dengan keterujaan yang amat sangat kepada bubur cha-cha ini sampai sekarang ni lekatlah nama cha-cha itu pada Cik Cha. Pelik tapi benar, dulu-dulu suka sangat kot makan bubuq kalerful ini. Sedap gile, pasal warna-warni macam pelangi.
Perangai pelik manusia ini sangat lah banyak. Ada yang pelik-pelik suka bergambar jek kerjanya, jap-jap pose tepi, pose kiri, pose kanan, pose depan, pose belakang, pose senget..hayoyoyoyo! macam-macam pose. Ada yang pelik suka cakap kuat-kuat sekali cakap..ha! ekau 14 batu nortika buleh dengaq. Ada yang suka menunjuk-nunjuk. Gile freak kot!. Menunjuk kekayaan, contohnya: wei..hari ni saya nak beli 14 bijik mini cooper, wei..esok saya nak pi melancong kat Paris Hilton, wei..lusa saya nak beli 14 bijik banglo kat Beverly Hills. Cuba renung-renungkan yu ollzzz...ape kah peliknya perangai sasau seseorang itu?
Selain itu, ada juga yang berperangai pelik seperti, tidak suka mandi pagi (generasi keluarga kambing gurun), tidak suka menyikat rambut, tidak suka menggosok gigi (suka corak karat di gigi kot?), tidak suka bergaul (kena duduk Taman Negara nih),ada juga perangai pelik oarang yang takut naik kapal terbang,
gayah gayat tempat tinggi/bangunan tinggi, yang suka berangan jadi penggunting rambut dan memandai gunting rambut sendiri, baca suratkhabor@magazine@novel dalam toilet (ish..ish..ish..busok punya olang), pehtu ada juga yang perangai pelik bila naik keta jek, mesti, musti, mestika nak sebut plat number keta kan? Cik Cha bagi contoh; WTF (wat da fu*c), JBM (jibam), PHD (pahit), BKR (bakar), BKL (bakul), ADL (adil), PGL (putri gunung ledang)..la macam-macam perkataan yang terlintas kan?kan? Eleh..betul ekau jangan nak AUTA Cik Cha yek.hehehehe! yang kaum lelaki ni pulak bila pakai kain pelekat (pelikat) aisehmenggg... situ la dia londeh, situlah dia sarung. Dah jadi macam roti canai bentuk O kan? kan? Teeehehehehehehee..
Lazimnya perangai pelik ini akan menjadi habit yu olzzzssss. Macam Cik Cha ni, memang mengaku suka makan kuih raya yang hangit-hangit (mentang-mentang mak ekau tokey kuei kan?). Ntah celah mana sedapnya, tapi itu memang perangai pelik Cik Cha. Lagi satu dulu-dulu (back in middle of 80's) bila pi penang jumpa mamu fahmee, bila berenti ataih jambatan pulau pinang tuh, tedia...Cik Cha peluk seat keta tak lepaih yu olzsss..Takutttttttt punya pasai. Takut jambatan runtuh katanya....
Memang benar pelik perangai Cik Cha ni.
So, korang macamna? mesti ada kan perangai pelik? mesti terkenang kembali zaman main pondok-pondok duduk dalam bilik buat khemah guna selimut, bantal, kain pelikat, kain batik mak tuh mesti ada kan?kan?


*secantik mana orang itu, sehensem mana orang itu, sehebat mana orang itu, sekaya mana orang itu, seharum mana pun perfume orang itu, tetapi kentutnya tetap busuk, renung-renungkan dan selamat beramal* 
~terima kasih kak jolie~

6 comments:

Mimie Famee said...

patut la tersedak... hahahaha

Natasha Farina Arifin said...

hehehe. saja curik sat ayat ampa..mamu fahmee katanya.

CuppyCakeMommy said...

kamu sangat comel tahu..heheheh..

akmafaizal said...

nak kena kentut ke??? akeke, biasalah..kadang2 perkara2 pelik tu yg buat seseorang tu unik@mudah dikenali@mudah diingati...kan kan..

cute_green said...

weh i suka sebut no plat keta 2...hahaha...cmna tau...

Natasha Farina Arifin said...

weh u mcm i ler..so sama2 pelik kan? hihihihi

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...