Iklan

Sharemyloves Geng!

19 November 2010

Pengorbanan Barney and Friends..

*cuteness ever ini budak...sofia namanye*
Melewati hari-hari penuh kecerian yang berlipat panda ganda, tetiba Cik Cha teringatkan kembali besday party yang penuh kecomelan dan kecerian baik untuk warga emas 916, warga separa emas dan warga yang masih kecil. Boring bila Cik Cha tengok entry penuh dengan gambar pengantin ( hei! ko hengat ko sorang je yang kawin ke?....) terdetik seketika kat hati Cik Cha ni. Well..well setelah diimbas, discan, diteropong, dikorek, diselelongkar, digodek-godek, taraaaa...terpancullah gambar birthday sofia a.k.a sofi. Actually she's mr.asben nye anak buah, daughter to adorable Kak Lisa and Abg. Roni. Sofi ini budak, petah sangat berkata-kata. Memetik ayat sofi "Mommy, mommy...that is Barney's cake mommy...!" buatkan Cik Cha terliur tengok cake Barney and Frens itu. Juga membuatkan para hadirin dan hadirat tergelak sakan giler bila Sofi kata "Im Princess Sofi"...Dijamu dengan buah durian, rambutan, langsat, makan tengah hari yang berlauk kan ayam berempah, daging masak merah, sayur campur, dan pelbagai lagi membuatkan semua tetamu amat berpuashati di hari kejadian tersebut. Tapi..tapi...lebeh Cik Cha berpuashati bila tengok keletah Princess Sofi yang terlalu teruja menyambut besdaynya yang ke-2. Happy Belated Birthday Sofi...
*Barney's Cake yang bakal menjadi mangsa korban*
*renungan tajam seorang Pwincess*
*cuit-cuit manje oleh birthday girl*
*sangat teruja mahu meniup lilin ini budak*
*bukan takat budak-budak, mama budak turut teruja*

*ada jugak dayang yang merenung sinis ke arah kek yang menemani tuan puteri*

*muka serius apabila ditemuramah oleh wartawan Astro Awani, kata Sofi "saye bercita-cita menjadi penari ballet yang berjaya satu hari nanti hasil pembiayaan Mami & Dadi*
*kecomotan dipipi disapu bersih agar maintain comel*
*pose istimewa dari bakal pengganti Fasha Sandha*
*tengok tu, goodie best-best untuk warga kecil*
*warga kecil ini turut tidak ketinggalan memeriahkan majlis*
*oh lala..lala si comel Haniey Zaara Lisa & mama nya yang turut hadir membuat persembahan pada hari itu*
*tengok tu abah bersebelahan sebiji durian tengah pegang biji durian..see it?see it?*
*Maya Kering Karin (bukan nama sebenar) berbaju peach tengah bergambar bersama peminat*
*baldi merah jambu menjadi saksi Wan berposing seksi umpama model iklan, hahaha..ampunnnn Wannn*

Sekian, saja satu laporan penuh dari wartawan Astro Awani yang bertugas. hehehehe...Cik Cha rasa happy bila semua orang happy, tapi kepada yang tak suka, tak mau tengok, meluat, dengan blog ini, anda xperlu risau...yang penting anda xperlu baca, xperlu tengok, xpenting pon. Yang penting Cik Cha sekeluarga happy go lucky sokmo. Hari itu kembali nya ke Putrajaya dengan keseronokan yang penuh, Cik Cha mula terfikir dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ( eh?eh? ada kena mengena ke ngan pepatah ini) bak merpati terbang sejoli, terbang tinggi dipanah petir,.... Sekian dulu laporan dari saya, Cik Cha Singh Walia melaporkan dari Putrajaya Sentral, Malaysia.

2 comments:

gadis said...

maya karin dah berisi skung...huhuhu

sharemyloves said...

maya karin katanya frust dah putus kasih ngan asben mat salleh u ollzz....

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...