Iklan

Sharemyloves Geng!

18 November 2010

Kecintaan pada semua..

*kegumbiraan, keceriaan, keriangan menerima ahli pasukan baru..*

Kecintaan sebuah keluarga itu tidak pernah padam. Ape yang Cik Cha maksudkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, seorang abang kepada adiknya, seorang kakak kepada adiknya, seorang isteri kepada suaminya, seorang bapa sedara kepada anak sedaranya, seorang sepupu kepada sepupunya, seorang datuk kepada cucunya, seorang rakan kepada rakannya, seorang kekasih kepada cintanya, seorang bos kepada pekerjanya dan bermacam rasa kecintaan lagi. Cik Cha bukan arif bab cinta-cintun ni, bukan seorang Dr. Love or even pakar perunding permasalahan sesiapa pun, tetapi cinta itu universal. Wah...! panjang lebar intro Cik Cha...what really i want to share again here is my old picca, kena tengok ye pada yang belum tengok... sebuah kecintaan yang tak pernah padam, kecintaan yang jagung agung yang ada pada kami sekeluarga. 
*lagi gambar bergumbira bersama-sama..oh yeah!...*

*bodiguard yang teguh berdiri, bersama muscle yang pejal...oh yeahhh! again...*
*dayang senandung, pengiring & tak ketinggalan Pak Ngah merangkapTok Ketua pada hari itu..*
*oh..oh..senyuman teristimewa dari penyambut tetamu*
*puteri jadian bunian yang turun dari langit..comeyl*
*alamak..bodiguard makin ramai menggegar pelamin anganku musnah*

*dari kiri: mama, mr.asben, cik cha, adik, ge, akim*
*oh...oh...semua family-in law termasuk si comel haniey zaara lisa*
*wawa??terlindung mata??, hani & yati bersama raja muthusamy sehari*
*ini baru betul dayang ku intan ada yang masih single, baru kahwin, lama dah kawin dan masih mencari calon nak kawin..hehe*
*tengok saja..cubit, calit, potong, try rasa, cabut bunga ros, mengidam, teringin... adalah dilarang polis*
*by kerjakahwin.blogspot.com, walaupun simple tapi nice*

ok..ok..cukup gambar wedding di Putrajaya, belum tengok di Shah Alam kan? hehehe...biarpun berlangsung secara simple dan berpatutan dengan kadar yang tidak membazir. Cik Cha selaku pengantin sangat-sangat suka. Kami tak kaya harta, tapi kami kaya kasih sayang..hahaha...Well overall it was a very nice wedding, with all the families around me...Just like it was done yesterday, but...sudah berbulan lamanya majlis kami berlangsung. Next entry mungkin akan menceritakan tentang bagaimana seorang hamba Allah SWT yang berhempas pulas bersengkang mata, bangun awal pagi untuk menghadapi peperiksaan Final di UiTM  (paper Political Science u olzzzz).....dan pada masa yang sama juga bakal naik pelamin hari yang sama. Cuba teka siapa? Nantikan entry seterusnya....

No comments:

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...