Iklan

Sharemyloves Geng!

19 November 2010

Hijau Daun Pisang Kesukaanku...

*tengok tu, ape tu? oh..payung kaler kuning...ape pengapit 2-2 lelaki?..*

Bila tengok-tengok Cik Cha punya blog, eh?eh? mana wedding side mr.asben kan? Mengimbas kembali sejarah itu...cewah! macam ini ceritanya. Let me story u. Ada adegan mendebarkan berlaku pada 2/5/2010 mana taknya. Hari itu juga pengantin perempuan yakni, iaitu, bersamaan, Cik Cha harus, bakal, meredah peperiksaan akhir di UiTM, subjek ape kawan-kawan? Hah.....subject POLITICAL SCIENCE....wahahaha..terasa diriku lebih berharga hebat, bila terpaksa mengharungi peperiksaan sekaligus naik pelamin pada masa yang sama. Gila ekau....! manada orang lain buat centu...ngaakkkk ade dong!!!! cuma Cik Cha sorang. Ada perbualan serius berlaku dengan mama pada pagi subuh itu:

Mama: Hang betui ka?Serius ka hang dah study ni?
Cik Cha: Dah ma, buleh la buat kot, sikit-sikit.
Mama: Takpa...buat betui-betui na, ma doa anak-anak mama berjaya. P makan choq kodoq tuh mama dah buat ngan aiq teh sekali.
Cik Cha: Ok ma. (dalam ati terus dok berkira-kira, eh sempat ke aku ni?nak exam, jawab soklan, memerah susu Dutch Lady otak, soklan esei, semua pakai facts, points kena betul, jawab semua in English, sempat ke nak make-up, pakai baju pengantin, mak andam xmarah ke lewat) wohohohoho....

Berbekalkan choq kodok (jemput-jemput pisang) mama aku melangkah ke dewan peperiksaan. Masih tersenyum-senyum even dalam hati Tuhan saja yang tahu. Kena usik siap dengan member-member, inai masih merah dijari pun semangat nak amik exam. Wajib ambil le korang. Gila tak ambil. Nak suruh Cik Cha repeat paper?Huish..tidak sama sekali. Lalu, dengan tenang Cik Cha jawab exam, sambil 5 minit sekali tengok jam Guess pemberian mama.
Masa begitu pantas berlalu, dengan jam tepat pukul 12.00 tengah hari Cik Cha bergegas jadi Kluang Man ke bridal gallery. Syukur, sempat akhirnya. Berikut adalah gambar kahwin di side mr.asben...masih tidak percaya? itulah saya, pelajar yang dedikasi juga pada masa yang sama mahu menjadi isteri yang mithali...
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan (haa...kali ini betul punya pepatah)....
*adik..adik...akak nak pinjam crown sat...*
*Hang Tuah dan Hang Jebat mengiringi kami*
*ewah..tarian kuda kepang diselang-seli dengan tarian pocho-pocho...*
*Cik Cha bersama spek Pejal Taher yang dipakai oleh mr.asben, abaikan pengapit ROCK yang bercermin mata gelap, beliau sakit mata pada hari itu...*
*haha..peluh tiak den..omak ai panaih*

*gaya bebas kami, bertemakan sapa lebih harum*
*Geng-geng Cik Cha*
*Geng-geng mr.asben*
*Menamakan Geng mereka sebagai "Kumpulan Bunga Orkid Kembang Setaman" diketuai oleh Si Baju Kuning yang membuat gaya peace-peace...*
*tetamu yang paling hensem dan kacak bergaya pada hari itu*
*ibu jari (thumb up) menyatakan best..best..best...makanan ini*
*semua tersenyum ceria, cuma Haniey Zaara Lisa menguap bulat, lebar,panjang sakan...sangat mengantuk katanya, ketika ditanya wartawan Melodi hari itu*
*acara wajib sewaktu kenduri-kendara.... potong kek melebihi satu tingkat ke atas*
*acara wajib kedua....posing,bergambar sakan sampai Director kata cuttttttttttttt*
*seronok sakan kami semua dijaga pengawal berbadan sasau sasa yang memeluk tubuh itu*
*abaikan pengapit yang ROCK tengok pengantin je sudah*

*tepat jam 6.00 petang, cuma tinggal kasut pengantin jer, lauk, nasi, kek 2 tingkat, air tebu, bunge telo, ayam masak merah, udang yang hensem semua dah jadi mangsa korban*
*taraaaaaa..last but not least. terima kasih abang kerana sudi menyumbangkan lagu buat kedua mempelai dan semua tetamu dengan penuh gaya... Bila album akan berada di pasaran bang??? hehe*

Itu saja kejadian yang berlaku pada 2/5/2010 lah dah lama dah kot....Kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung Cik Cha ucapkan terima kasih. Dan kepada lecturer yang memberi A untuk subject Political Science juga diucapkan terima kasih. What im trying to say here is that, doa ibu itu doa yang mulia. Kerna ibu@mama@bonda@mami@mom itu seorang yang mulia, doa nya senang sampai ke Allah SWT tanpa sekatan. Terima kasih ibu...terima kasih mama..
*itu dia mama sedang merestui kami berdua..sayangggg mama*

1 comment:

*Laut China Selatan* said...

selamat pengntin baru.. baru ker?? x kisah lahh.
u n ur hubby suits well :)
hehehehe

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...