Iklan

Sharemyloves Geng!

24 December 2010

Cerita Sedih Rakan kita....

 *al-quran penawar yang paling mujarab dikala kesedihan*

Salam semua. satu hari yang tenang dengan tetiba ada tak u all pernah rasa macam down gila? oh bukan jadi org gila cuma down gila. hahaha! kita semua mesti ada perasaan yang tidak senang pada orang kan? oh bukan hanya pada kawan-kawan tapi juga saudara mara darah daging sendiri. Mak, cikgu, tok wan, opah, semua pesan tak baik bergaduh kan? memang betul tak baik bergaduh. tapi apabila maruah kita dipijak-pijak, dihentam orang, diherdik maki, dicaci...wah! mesti kita pun tension kan? Ini bukan cerita saya, tapi ada seorang rakan teramat karib, paling akrab menceritakan pada Cik Cha. Dengan linangan airmata beliau bercerita, katanya Tasha nape adik beradik aku sendiri suka down kan aku? suka caci aku? suka pulaukan aku? suka mengata aku? suka hasad dengki dengan aku? Cik Cha pon kata, tak perla ini semua dugaan hidup kan? yang penting jika kita bersalah kita akui kesilapan kita. Biarkan orang berkata pada kita, kerana satu hari nanti perkara yang sama akan juga berlaku padanya. 
Menceritakan kepada Cik Cha, beliau ada cakap yang sepupu nya sendiri sangat suka memboikot nya. Ntah dimana silapnya, sepupu nya itu sungguh suka menarik muka masam & menyampah setiap kali bersua muka. Sepupunya itu orang bijak. belajar tinggi dan punyai segulung ijazah, berbanding dirinya yang hanya ada sekeping sijil SPM. Sedang hamilkan anak pertama, kawan Cik Cha kini berada dalam trimester pertama kehamilan dimana perlu berhati-hati melakukan kerja berat dan dilarang keras stress. Cik Cha dan beliau berkongsi pengalaman kehamilan yang sama. Menceritakan tentang sepupunya beliau berkata, sampaikan ada satu peringkat dimana sepupunya mengatakan...ada aku kisah pasal berapa orang anak hang nak ada? lagipun anak tuh masih dalam perut...apa-apa boleh jadi ntah-ntah tak sempat lahir ke dunia. Jika keadaan yang sama berlaku pada anda? apakah perasaan anda? Cik Cha simpati dengan nasib beliau. Sehingga begitu sekali kata-kata dari seorang sepupu darah daging sendiri kepada saudaranya. Agak mengejutkan bukan kawan-kawan?
 *jangan bila kahwin letak al-quran sebagai hantaran tapi ianya tidak dibaca....sedih kan?*

Cik Cha mula terkenangkan dan cuba menyelami nasib beliau. Mesti banyak stress yang ditanggung sementelaah, beliau mengandungkan anak pertama. pasti...pasti terasa tekanan itu. Cik Cha nasihatkan agar beliau bersabar banyak-banyak. Ada banyak cara, Cik Cha bagi beberapa doa untuk menghalang kesedihan dan enjoy dengan pregnancy itu. Anggap saja sepupu beliau itu sejenis kuman yang bakal hilang bila disembur clorox nanti. Benar sungguh kawan-kawan...jika benda yang serupa terjadi pada kita, apakah yang perlu kita lakukan?. Cik Cha nasihatkan beliau solat sunat, minta petunjuk dibukakan hati sepupunya itu. Dilembutkan hati dan buang sisa-sisa hitam yang terpalit dalam hati. Bukan nya apa, sepupunya juga seorang perempuan, tidak mustahil satu hari nanti beliau akan mengalami nasib yang sama. Cik Cha minta rakan tadi bertenang dan bersabar, supaya membaca Al-Quran dan mendengar surah-surah yang mendamaikan jiwa. Apa-apa pun ini entry yang sangat mendayu-dayu. Bila kita senang bukan semua orang akan turut bergembira dengan kita. Ada sekelumit manusia berhati kejam & binatang yang mahu menjatuhkan kita. Tapi kita kena muhasabah diri. Balaslah yang baik-baik belaka, dengan ucapan alhamdulillah, dengan senyuman dengan kata-kata terima kasih kerana mengingatkan diri saya tentang Allah SWT, tentang mati, tentang hari Akhirat kelak. Tepuk bahunya dan kata semoga awak akan dikurnikan dan ditemukan jodoh yang sempurna, masa depan yang baik dan menjadi insan yang baik didunia dan akhirat kelak. Doa saya sentiasa mengiringi anda....
 *bila terlalu jauh terpesong...al-quran akan jadi pembimbing ke jln benar*

*itu saja, can u imagine if u in her shoes rite now?* 

20 December 2010

WTH? its pay day time!

 *tidur bertemankan buah hati kesayangan itu mendamaikan*

hari ini hari isnin. hari monday. hari kena buang selimut dari badan. hari kena lepaskan pelukan bantal, pelukan yang tersayang, pelukan teddy bear. hari kena mulakan bekerja semula. hari kena mencari rezeki. hari kena bangun dan kuatkan semangat.
hari ini walaupun situasi dan mood berada dalam keadaan tertekan, kerana jem, kerana emosi, kerana gangguan anasir luar dan dalam, kerana gangguan buzybody, kerana tension, kerana bergaduh dan masam muka, kerana tidak suka ke pejabat, kerana tidak suka tengok muka nyamuk-nyamuk, kerana pertukaran hormon, kerana ada arus udara yang terlalu sejuk, kerana ada 'superior' yang lebih garang, kita tetap harus wajib ke pejabat mencari rezeki. 
tipu kalau kata sesuap nasi. kerana gaji kita bukan hanya mampu untuk memberi makan kita sesuap nasi saja. namun, bersuap-suap bukan sahaja nasik, bahkan mi, mihun, keow teow, mi kungfu, mi ladna, sup ayam, tomyam, nasi goreng kerabu ikan masin, telur mata, sizzling mi bahkan bermacam jenis makanan lagi yang boleh dibeli dengan gaji kita. insyallah.
hari isnin kalau budak-budak nak pegi sekolah malas, ini pula ibu bapa yang bertambah malas.
kenapa ada hari isnin?
kenapa tidak terus hari selasa?
Allah SWT yang maha kuasa.
Ada kelebihan bila hari isnin.
Jangan asyik sebut.
"IM IN MONDAY BLUES MOOD"
ada gak aku sekeh, belit-belit pale korang semua.
Walaupun ekau nyatakan betapa hari isnin itu malapetaka.
namun hari isnin tetap wujud minggu depan, minggu lagi satu , minggu dua kali lagi satu dan seterusnya.
bila kita nyatakan jumaat itu penghulu segala hari, harus disematkan dalam diri juga bahawa isnin itu pembuka rezeki.
pembuka pintu hari, pembuka segala nya.
bila kita emosi, jangan ditegur, bila kita cool baru cuba tegur,
bila kita dibawah pengaruh tensionasi, usah dicabul kemarahan itu.
biarkan emosi dan tensionasi itu redha sendiri.
kerana apa?
kerana hari itu hari isnin.
alasan paling tetap kenapa semua berada ditahap maksima emosi dalam diri manusia.
jangan salahkan diri.
jangan salahkan hari.
jangan salahkan sesiapa.
walaupun betapa benci, menyampah tahap gaban, tahap otromen, tahap kesatria baja hitam, tahap nujum pak belalang..
hari ini tetap hari monday.
hari monday ini yang berlainan dari hari yang lain.
kerana hari monday ini, 
adalah.
HARI GAJI @ PAY DAY!
yeay!

nota kaki: sedikit emosi itu perlu. ular tedung tidak akan mematuk mangsanya jika, mangsanya itu tidak memulakan percaturan amarah si tedung tadi. Ada paham? tak paham? ikut kata nabil RL, lu pikir lah sendiri!

17 December 2010

Empat minggu hamil. Yeay!

Perkembangan fetus - hamil 4 minggu

sak yolkaembrio
Bila hamil baru tahu kena makan makanan berzat. Bukan sakan pulun mengunyah asam, ceklat, kepok, cikedis, minum kopi, neskepe dalam tin 3 in 1 (mocha), mc donalds, KFC, macam-macam junk food lain. Nama pun junk food harus kena elakkan untuk masa hadapan bayi. Bagi dapat bayi yang lebih sehat walafiat! So, Cik Cha berusaha menambah ilmu didada mengenai kehamilan. Maklum lah, segala selok belok dan ilmu kehamilan. adalah ZERO! kena banyak membaca buat rujukan & praktiskan. Inilah babycenter.com yang best, terbaik dan terbanyaklah ilmu untuk dikongsi bersama-sama bakal ibu mahupun yang ingin mengetahui tentang kehamilan.

Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil.  Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.

* bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim* 
- rujukan sangat  berguna di Babycenter.com rakan-rakan sekalian.
~jangan merokok, jangan minum arak, jangan makan junk food, jaga mulut, jaga perlakuan, jangan sebok hal orang lain, berdoa, solat jangan tinggal Insyallah rezeki akan menjadi baik~

16 December 2010

Baby's odw! Baby's odw! Yeay!

 *syuuhhhh baby tidor tu*

Salam.
Lupakan seketika mengenai perkara-perkara yang kurang menyenangkan disekeliling kita.
Tarik nafas & hembuskan.
Lupakan tentang 'nyamuk-nyamuk' yang suka mengigit kita.
Lupakan tentang 'nyamuk-nyamuk' itu.
Erk!
Ini bukan entry nyamuk.
Cuma ingin berkongsi sebuah kegembiraan.
Adakah kegembiraan dikira sebagai 'BUAH?'
Semalam, 15/12/2010 jam 6.15 petang.
Setelah berasa badan lemah, letih, loya, pening tahap gaban.
Mr. asben dengan manjanya mengajak Cik Cha ke klinik untuk check-up
"Sayang moh le ke kinik, sayang tuh macam tak sehat"
"Tak pela ni demam sikit jer nih. Stress kot."
"Kita kena gi jugak jumpe doc ambik ubat demam, pening yer?"
Di Klinik:
Doc dengan muka 3 kupang nya tanye soalan pertama.
'Bila u last period?"
"Errrm....14/11/2010 doc"
"Ok gi check urine dulu"
"Err..tapi doc, saya baru lepas shi-shi tadi, mana leh kuar dah shi-shi nih"
"Try la sikit pun tak pe"
Aduhai...dengan penuh ketabahan, kegusaran , kebimbangan, beberapa titis urine berjaya di pam keluar.
Hehehehe. Bodo guna perkataan pam
WTH?
Tetiba....jeng-jeng-jeng!
Seorang lelaki bernama DOCTOR telah mengubah hidup Cik Cha selamanya.
Dengan nada selamba dia cakap:
"Awak MENGANDUNG!"
what? what? what?
Memang Cik Cha & Mr. asben terkesima.
Baby's odw! Baby's odw!
Selama 8bulan menjadi penunggu,
Penungguan kami telah terbalas.
Saya telah disahkan mengandung 4 minggu.
Umpama mimpi dalam mimpi.
Mimpi telah menjadi kenyataan.
Cik Cha harap dapat muhasabah diri & menjadi insan yang lebih baik, elok & tidak mahu bermusuhan dengan sesapa pun.
Yang penting semua nya selamat & our family will be more complete with this baby on board.

1+1 = our baby
Due date will be on 21 August 2011
*puasa time, near raya time & near merdeka day*
 
Yeay!

29 November 2010

Antara Percakapan, Mr. Cow dan Rabiya Malikha..

 *baik jadik macam likha isap jari jek*

Bila berkomunikasi nih, perlu terang jelas dan senang difahami.
Banyak adab bila bercakap ye kawan-kawan.
Cik Cha seorang yang tegas, tapi masih boleh dibawak bergurau.
Tapi bila bergurau juga perlu ada had maksima tahap bergurau yang dibenarkan.
Sebagai contoh;
Seorang orang (hah! ayat aku betul ke tak ni) yang lebih muda perlu menghormati orang yang lebih dewasa,
tak kira la mereka itu kamceng, kencing, sekaki dan semeja bersama.
Cik Cha yang berumur late 20's ini perlu menghormati, makcik yang berusia 36 tahun biarpun dia hanya seorang pembantu pejabat.
Oh! yeke? nape begitu Cik Cha?
Islam menyuruh umatNya menghormati yang lebih tuo.
Selain itu, tahukan anda antara adab berkomunikasi adalah;
1) ketawalah dengan sederhana, jangan berdekah-dekah. 
(hantu jerangkung jek yang gelak berdekah-dekah)
2) berdiri jika orang yang menyapa anda itu berdiri dan persilakan beliau duduk jika ingin meneruskan perbualan
3) jangan menguap di khalayak ramai. tutuplah mulut anda dengan tangan jika perlu.
4) jagalah penampilan anda supaya tegak dan tidak bersandar. jangan terlalu membongkok atau menyandar kecuali anda berseorangan
5) sebutlah sedikit sahaja mengenai diri kamu, jangan bercakap BONGKAK dan bercerita semuanya mengenai kamu kepada orang lain. (contoh; suami aku beli kapal selam kat aku, mak aku beli padang tennis kat aku, ayah aku beli ladang epal kat aku..oh! no!no!no!)
6) cubalah untuk bercakap lemah-lembut, bukan mengada-ngada. cuma be yourself dan jangan over acting. terlalu lemah-lembut a.k.a hipokrit
7) jangan jaga tepi kain orang lain, sendiri punya hal, sendiri jaga.
8) jangan suka jeling-menjeling kepada pihak yang tidak digemari @ disenangi.
9) jangan bodoh sombong, udah ler bodoh sombong lak tuh.
 Jadinya ini hanyala sebagai entri untuk membetulkan segala mak nenek benda pasal bercakap.
Baik jadi macam likha yang hanya sebut Mr. Cow nye...Grrrrr..grrrrr... daripada sokseksoksek mengumpat, mencanang pasal orang kat belakang ekau.
Tak baek dose tau!
*mr. cow hadiah untuk mektok likha sempena besdaynya*

~antara sahabat yang paling karib penah saye ada ialah kancil biru & myvi ijau saye~

My Best Fren Ever!

Hari itu saye jalan-jalan.
Perot saye lapar jadi saye ketemu "kawan-kawan baik" saye ini.
Kawan-kawan baik saye ini semua hebat-hebat belaka. 
Ada banyak spesis kawan baik, ini antara spesis yang bakal pupus tidak lama lagi kerana keterujaan saye bersama kawan-kawan baik saye ini.
*kawan baik pertama* (frenship forever)
*hi name saye donat krap krup krip*
*inilah namanya kawan baik yang sejati* (nasib baik tuh kotak, kalo bukan nak gak aku NGAP!)

Jalan punya jalan bila sampai di rumah kesayangan hamba, terasa nak jumpa "kawan baik" lagi.
"Kawan baik" ini agak keras berada dalam freezer, jadi lembutkan letak atas pan dan 
*lalalala lilililililili lululululuululalola*
*kawan baik kedua dunia akhirat* (sayang sokmo)
*hi name saye cik kiah beger*
*eh..eh saye ade kembar namanye cik piah beger*

Jalan punya jalan (gile ekau pusing jalan-jalan dalam rumah ke?). Rindu betul nak jumpe kawan baik nih. Hai..lama sungguh tak jumpe kan? Rindu serindu rindunya...Lalu saye sms kat beliau. 
"Hello cik kerabu biru datang le umah saye, rindu kat u la sayang.... hang nak tengok dak tuh Zhulian hat baru, baru kuaq katalog semalam.."
*kawan baik ketiga, agak lama terpisah kami berdua*
 (peminat emas zhulian nombot satu)
*cik kerabu suka pakai baju biru..dia datang besame anak-anak nya*
 *cak-cak biru mata hitamku*

 Tiba-tiba pulak, teringat dekat kawan baik keempat. Sayang woh kat dia nih. Tapi dia garang mebi ada banyak cili padi kot, tu yang garang semacam tuh. Nama dia cik yam. Cik Yam minat kat shahir. Amboi kalau tengok shahir gigi besi itu, dok depan tv sampai ternganga mulut.
*cik yam sedang berposing maut* (sayammm cik yam)

Cik yam kata nak cari sampai jumpa calon suami macam Shahir. Hari-hari dengaq lagu kebahagiaan dalam perpisahan pun takpa. Tak kisah. Tapi lately cik yam geram, meluat, menyampah, dengki syaitoonnnniraajimmmm dengan Kak Ita Che Wan. Sanggup yu merampas shahir dari cik yam...
How dareeeeeeee yu kak ita bulu mata pelsu? how dare yu?

Itu saja cerita kawan baik saye. Sejujurnya, ramai lagi kawan baik saye. Tapi yang penting kawan baik itu tidak perlu menyakitkan hati kita, tidak perlu menikam dari belakang 
(guna pisau ke, garpu ke, jarum peniti ke, gunting ke, cangkul ke)
Yang penting kawan itu sanggup bersama dalam susah dan senang. Jangan bila ekau buat lawak boleh, time aku bahan ekau, buat lawak dengan ekau hamboi terus putus tali rapia persahabatan. 
SENTAP gitu.
Saye pun bukannya hebat dalam bab bersahabat. Tapi baik bersahabat dengan suami, anak, ibu, kaum keluarga terdekat. Lagi senang tak dak nak sakit hati kan?kan?kan?
Wokeh sudah, sudah, sudah kang tak pasal-pasal mengalir airmata pulok.
Hehehehehe. Apeape pun berkawan dengan makanan sebagai bestpren itu best.
Best. best dan best.

*muncung kuda buat sangkut baju*

Salam hormat & jumpe lagi.

26 November 2010

Saya, anda & P.Ramlee..

 *Hero pojaan Malaya*

Sayanggggggg (because terlalu sayang tambah lebih huruf GGGGGGG) kat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee nie.
Dia itu seniman agung terunggul di Malaysia.
Terkenal dengan filem-filem seperti Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang LapoK, Madu Tiga, Anakku Sazali, Penarek Becha, Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi.
P.Ramlee adalah fenomena satu ketika dahulu.
Kita mungkin tidak merasai betapa besarnya impak maksima dan aura 
P. Ramlee itu, kerana beliau terlebih dahulu menyahut seruan Illahi. 
Yela dulu-dulu tak ada AF, Mentor-Menti, Raja Lawok, Mari Menari bagai...
P. Ramlee bukan bintang ciptaan Reality TV. Beliau adalah talent yang bertalented.
Ok. stop.
Hehehehe. Sebenarnya, kecintaan terhadap P.Ramlee itu telah bersemi dan sebati dalam diri kita semua.
Kenapa? Mengapa? Dimana? Bagaimana? 
Ok. ok. ok.
Jangan buat-buat tak kenal dengan dialog ini, aku luku kang!
"amboi.. ekk dia no.. kalau hang mai aloq staq aku putaq kapla hang.. hang tau.."
(hahaha suka-suki dengan dialog nih)

part P.Ramlee and da geng gi menurun kat kat kubur lama dekat perigi buta...
best sekali part dia baca jampi serapah...
"Ceko-ceko ah...ceko-ceko eh...
eko-eko ah...eko-eko eh....
puhhhhhhhhhhh
hilang gigi tinggal gusi"
(hihihihi..huhuhu..hihihihi) 

yang ni plak masa cerita nujum pak belalang..dua perompak ajis(badan) dan sudin(nyawa) baru je rompak harta dari istana sultan shahrul nizam (ahmad nisfu) diorang tengah kira duit, mule-mule ajis kire,
sudin: satu utk kau, satu utk aku..dua utk kau..dua utk aku..tiga utk kau..tiga utk aku..errr..lepas tiga ape arr??
ajis: bedal lah..
sudin: bedallah utk kau..bedallah utk aku..
ajis: ei dalam dunia manade urop bedal da!!
sudin: ei dalam dunia manade urop bedal da!..utk kau..ei dalam dunia manade urop bedal da..utk aku..
ajis:e-e die ni?
sudin:e-e die ni!! utk kau..e-e die ni..utk aku...
ajis: kau nak mampos ye?
sudin:kau nak mampos ye?utk kau....kau nak mampos ye?utk aku.
ajis: kepala hotak kau ?
sudin:kepala hotak kau! utk kau..kepala hotak aku..utk aku..
ajis:eeeeee!
sudin: eeeee! utk kau...eeeeee! utk aku..
(lawok-lawok..hehehe) 

Scene citer Seniman Bujang Lapok..part Sudin acting..
Sudin:..heeeeiii..Hang Jebat..lebih baik kau turun..jika kau x mau turun..biar aku naik ke atas..bkn kau tak tahu..dah berapa lama aku tunggu..masuk kali ini dah 7 kali aku buang air besar...
Ahmad Nisfu: CUT!!!..
apa kau merepek ni syaitannnn?????
 (sape tak penah dengar skrip ini sila masuk sekolah balik)

SENIMAN BUJANG LAPOK - masa nak gi screen test
wei ramlee, sapa kau??
aku lah king!!
king apa??
king kong??
king kong kepala hotak kau ... hahahahahahaha
 (teheheheheee...best-best)

 *bersame tarbus merah peberat beliau*

mi: james bond tu saper?
do: james bond tu nenek kau
mi: eh bukan la
re: abih tu ape
mi: nenek aku Cik Embon...
(hahahaha. gelak-gelak)

pendekar mustar- eniii, angkat jemuran, hujan dah turun
sudin- dia bilang, "eniiii...., angkat kain hujan.  jemuran dah turuuunnnnn!!!!"
(lawak jugak hat nih)

PENDEKAR BUJANG LAPOK..
mase dpt surat dari ROS, anak PENDEKAR MUSTAR..
aziz: skali syair arr....alkisah..
sudin: tayyib..
aziz: alkisah maka tersebutla kisah..
sudin: tayyib..
aziz: sang kancil datang beramai2 mengadap ke bawah dulu sultan firaun..
ramlee: mane firdaun pakai sultan..
aziz: ntah..
(hehehehehe)

 *halamak..IC P.Ramlee lah..*

citer masam-masam manis:
hey owang sbelah, apa yang ngko wel wel wel kan tu hah....
tolol..kadiwol kadiwol maliwolll....
ini bahasa jerman lahhh..ko apa tau ko tak skolah...

Filem Labu Labi, scene si Labu bawak minuman untuk Haji Bakhil..
Prang....(sound effect cawan terhempas dan pecah)
Haji Bakhil : Pecah lagi.. lama-lama lingkup aku..
Labu : Bapak saya kata hari ni hari bodoh saya..
Haji Bakhil : Ko ngan Bapak ko sama sajer.. dah pegi amikkan aku minuman.. LABIIIII.... mana suratkhabar yang aku minta..!!LABBBIII..iiiii... (Labu tgh imbang dulang dengan terketar2 agar tak jatuh..)
Labi : Nah tuan..
Prang..(sound effect cawan terhempas dan pecah)
Haji Bakhil : Jatuh lagi..Bodoh..
Labi : Angkat itu pun ko tak bleh ker..
Labu : Yang ko pegi pekik sapa suruh..
Haji Bakhil : Bodoh
Labu : Bodoh
Haji Bakhil : Sapa bodoh!!!
Labu : Dia tuan.. (sambil tunjuk kat Labi.)

lawak giler yg ni...
"alip  mim  nun  wau  , alip tendang wau, SARKIS daa.."     

 *P.Ramlee jaman mudo-mudo..amponnn mr.asben =P....*

p.ramlie  pendekar bujang lapok
DUGAANNNNNNNNNNNNN
ini bkn dugaan
ini betul betul
dugannnnnn

dalam seniman bujang lapok..
time s kadarisman ngn hashimah yon tengah berlakon..
ajis, ramlee n sudin tgh tgk..ahmad nisfu director..
kadarisman: kenape kau tak masak sayur asam campur belacan!!!sekarang aku akan pancung kau..
sudin: ni ape plak pasal sayur asam pon nak mancung2 plak?
ahmad nisfu: shhhhhh..
sudin:appa syuhhh...ngko sememangnya lelaki durjana..sanggup menggunakan kekerasan keatas wanita...baik kau mintak maap cepat..kalau tak lebammm bijik mata kau..
kadarisman: ape ni gile ke?
sudin: hah?sanggup kau mengatakan aku gile!!..amik kau.."dussyum"
ahmad nisfu: cut cut!!!
selepas dilerai oleh p.ramlee..
ramlee: diorang tu syuting cerita..
sudin: nak buat cerita, buat la cerita ikan belaga ke..kumbang terbang ke..

Idea entri ini dicetuskan oleh Team Kerinting Bro (Suria FM). 
Pepagi dengar dalam pengangkutan awam Nadi Putra. heheheee..
Tidak salah rasanya untuk mengingati kembali lagenda negara.
Sekali, sekala tersenyum sendiri tidak salah.
Jangan sampai tak tahu menahu tentang pilem Malaysia sendiri.
Kerna pilem kita, adalah mencerminkan kita.

 *P.Ramlee ada syiling emas sendiri..hah! korang ade?*

Biarpun kadangkala dalam lawak-lawak ini adanya perkataan yang kurang menyenangkan, tapi itulah keunikan sesebuah filem. Alah..biaselah tuh pilem lawak takkan nak guna perkataan macam ni:
PROVOKASI,
MENYEBARLUASKAN,
WASSATIYYAH DIRI,
AMANAT NEGARA,
SEDEWASA,
KAJIAN GLOBAL,
KESALING HUBUNGAN,
MENTRANFORMASIKANNYA (hah nah!! ambik ekau)


Jadinya itu saja ulasan Ketua Juri untuk Pestival Pilem Antarabangsa hari ini. Teeeheheeee...
Ketua juri ingin menutup pestival ini dengan...:
nyak insoon mata kaji,,semar nyisinggggggg..

Salam Sayang Dari Ketua Juri:
"walaupun rupamu tidak kukenal, tatapi lubang hidungmu tatap menjadi poojaan hatiku"  (hahaha)

25 November 2010

Perangai Pelik Masing-Masing

*ntah apa yang pelik dengan baju nikah Cik Cha ini*
~giler tak de kena-mengena gambaq dan tajuk entri~

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; perangai bermaksud kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, pembawaan, fiil, canda, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk. Manakala bagi Cik Cha pulak perangai yang baik dan buruk seseorang itu, menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang itu. Berbicara mengenai perangai ni masing-masing pasti ada perangai pelik kan? 
Ekau jangan sengih-sengih tipu Cik Cha yek!
Perangai pelik seseorang itu bergantung kepada diri individu itu sendiri. Lazimnya (cewahhh..ayat haku) perangai pelik ini berlaku pada kanak-kanak. Sebagai contoh; tak boleh berenggang dengan botol susu, bantal ucuk, teddy bear yang ada bau mashyem dan banyak lagi. Time kecik-kecik dulu Cik Cha suka bebenor dengan bubur cha-cha. ha..tak tau ape itu bubuq cha-cha? jap yer dik-dik non:
*terliuq dengan ketampanan kamu cha-cha*

Dengan keterujaan yang amat sangat kepada bubur cha-cha ini sampai sekarang ni lekatlah nama cha-cha itu pada Cik Cha. Pelik tapi benar, dulu-dulu suka sangat kot makan bubuq kalerful ini. Sedap gile, pasal warna-warni macam pelangi.
Perangai pelik manusia ini sangat lah banyak. Ada yang pelik-pelik suka bergambar jek kerjanya, jap-jap pose tepi, pose kiri, pose kanan, pose depan, pose belakang, pose senget..hayoyoyoyo! macam-macam pose. Ada yang pelik suka cakap kuat-kuat sekali cakap..ha! ekau 14 batu nortika buleh dengaq. Ada yang suka menunjuk-nunjuk. Gile freak kot!. Menunjuk kekayaan, contohnya: wei..hari ni saya nak beli 14 bijik mini cooper, wei..esok saya nak pi melancong kat Paris Hilton, wei..lusa saya nak beli 14 bijik banglo kat Beverly Hills. Cuba renung-renungkan yu ollzzz...ape kah peliknya perangai sasau seseorang itu?
Selain itu, ada juga yang berperangai pelik seperti, tidak suka mandi pagi (generasi keluarga kambing gurun), tidak suka menyikat rambut, tidak suka menggosok gigi (suka corak karat di gigi kot?), tidak suka bergaul (kena duduk Taman Negara nih),ada juga perangai pelik oarang yang takut naik kapal terbang,
gayah gayat tempat tinggi/bangunan tinggi, yang suka berangan jadi penggunting rambut dan memandai gunting rambut sendiri, baca suratkhabor@magazine@novel dalam toilet (ish..ish..ish..busok punya olang), pehtu ada juga yang perangai pelik bila naik keta jek, mesti, musti, mestika nak sebut plat number keta kan? Cik Cha bagi contoh; WTF (wat da fu*c), JBM (jibam), PHD (pahit), BKR (bakar), BKL (bakul), ADL (adil), PGL (putri gunung ledang)..la macam-macam perkataan yang terlintas kan?kan? Eleh..betul ekau jangan nak AUTA Cik Cha yek.hehehehe! yang kaum lelaki ni pulak bila pakai kain pelekat (pelikat) aisehmenggg... situ la dia londeh, situlah dia sarung. Dah jadi macam roti canai bentuk O kan? kan? Teeehehehehehehee..
Lazimnya perangai pelik ini akan menjadi habit yu olzzzssss. Macam Cik Cha ni, memang mengaku suka makan kuih raya yang hangit-hangit (mentang-mentang mak ekau tokey kuei kan?). Ntah celah mana sedapnya, tapi itu memang perangai pelik Cik Cha. Lagi satu dulu-dulu (back in middle of 80's) bila pi penang jumpa mamu fahmee, bila berenti ataih jambatan pulau pinang tuh, tedia...Cik Cha peluk seat keta tak lepaih yu olzsss..Takutttttttt punya pasai. Takut jambatan runtuh katanya....
Memang benar pelik perangai Cik Cha ni.
So, korang macamna? mesti ada kan perangai pelik? mesti terkenang kembali zaman main pondok-pondok duduk dalam bilik buat khemah guna selimut, bantal, kain pelikat, kain batik mak tuh mesti ada kan?kan?


*secantik mana orang itu, sehensem mana orang itu, sehebat mana orang itu, sekaya mana orang itu, seharum mana pun perfume orang itu, tetapi kentutnya tetap busuk, renung-renungkan dan selamat beramal* 
~terima kasih kak jolie~

Untuk bacaan kaum perempuan sahaja..

 *eleh tak heran!!....satu hari nanti, aku pulak nak jalan ataih kapet merah ni, jadi pengantin pakai  
GAUN panjang 10 meter*

Hi there. I had found out a good website for "pretty-girls-wannabe-mom". Hehehe.
(belum ada rezeki dapat jadi mommy, jadi jgn. tanya banyak-banyak pening nak jawab, kuaq muntah ijau dah ni)
A good and educate website for me, actually.
Banyak benda baru yang dapat dipelajari. Contohnya, mengira waktu subur, trackking period cycle, even ada juga calculator untuk mengira next cycle period, if terlambat period, pregnancy due date dan macam-macam lagi, bebeh...
Bukan saja berguna pada pengantin-pengantin baru. Tetapi berguna juga pada anak dara. Kerana terdapat juga PMS (Premenstrual Syndrome) Tracker - hah! untuk ape? untuk mengesan apekah punca sebenar PMS or period pain anda dan...dan..dan..antara simsons-simsons (gile ekau itu cartoon), simpton-simpton tanda period pain serta ada juga digital diary untuk "tandakan" tahap kesakitan yang anda tanggung (mild, moderate,severe)
Ok oleh kerna Cik Cha baik ati sikit, disini dinyatakan tanda-tanda PMS (jerawat, sakit belakang, bengkak  payu dara, cramps, rasa haus (kurang air), pening, nak muntah, sakit kepala, sakit urat, migraine, moody, mengantuk sokmo, stress, tensen, penambahan BERAT badan secara mendadak).
 
*cak..cak..cak..*
Jika mendaftar (it is freee bebeh), secara automatic setiap bulan satu reminder emel akan dihantar ke akaun anda untuk memberitahu tentang period anda (2,3 hari sebelum kejadian), but must.must.must register dulu.
*maaf graphic blur-blur, kena tambah power spek mata graphic aku nih hahaha*

Bukan sahaja berguna untuk pengantin baru...malah pengantin lama juga. Becoz, terdapat juga premenopause journal untuk memberi sedikit-sebanyak ilmu tentang simptom ini. Agak-agak ekau dah rasa selalu nak marah, muka macam reksasa, muncung panjang sedepa, dahi dok kerut-kerut seribu, senyum pun tak mau. Sila lah click link ini untuk mengetahui lebih lanjut. Kot-kot le umoq baru 20 - 30 tahun dah menopause. Tehehehe...
Selain itu, terdapat juga, Menstrual Cycle Glossary - macam kamus Tajukmuluk tuh. Untuk kita refer jikalau kita ni tidak paham perkataan-perkataan scientific berkenaan sakit-sakit orang perempuan ni. Jangan ekau dok nganga bila orang kata, Weh..aku period camp cramp la hari ini!!!
Cramp itu = pain during menstruation that occurs in the lower abdomen just before or during menstruation; menstrual cramps. atau erti kata lain PERIOD PAIN. 
So, jangan malu segan sila click disini.

Bukan Cik Cha nak pomot cuma, untuk kebaikan bersama-sama saja.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Hutang emas boleh dibeli,
Hutang kat Cik Cha jangan bawak mati. hehehehe

*bila dah kawin baru sebok-sebok nak tahu bila hari subur aku..apa motifffff?*
Sekian saja ceramah umum dari Dr. Cik Cha dari Pusat Rawatan Subur Selalu Sdn. Bhd.
Teeeheeheee.

24 November 2010

Love itu Cinta..Cinta itu Apa?

*puteri & naruto versi 1Malaysia..heehee..*

APA ITU CINTA?
bila bercerita pasal cinta. terbayang cinta pada pakwe, makwe kan? tak terbayang langsung cinta pada benda lain yang sewaktu dengannya. cinta itu indah, best giler, siok tak hengat nak mampos, mendayu-dayu macam lagu hindustan kuch-kuch hota hei, terbayang dating kat KLCC sampai tak selera nak makan mentedarah, control giler percakapan (bahasa kamus dewan ini), control kentut makan+minum, bubuh nama dalam hp pun sayang, chenta, kekasih, papa, mama, darling, bb, my love, hubby..haish! macam-macam lagi. Kalau bersms tu jangan cerita, satu hari sampai lebam jari. Bila ibu jari lebam, tukaq pulak jari telunjuk, dah jari telunjuk lebam, tukaq pulak jari antu, last-last terus guna jari kelingking time S.M.S yu olzzz....hehehe.
Jangan gelak orang ekau pon sama tasha!.
Mengimbau kembali zaman dahulu kala, zaman jepun dolu-dolu, manusia di jaman ini jarang bermain cinta. Pelik tapi benar, bila time orang nak masuk minang aje..kalau diam dan senyum tandanya setuju. Cinta dolu-dolu kala hanya berlaku selepas diijabkabul. Kalau tak tau makna ijabkabul meh sini Cik Cha nak azan sikit kat telinga korang. Tapi sangat-sangat amazing kan? Cinta selepas berkahwin sangatlah berkekalan. Oh! bukan maksud Cik Cha menyokong situasi cenggini tapi kaedah yang digunakan amat mujarab untuk mengekalkan hubungan rumahtangga (gile poyo ayat sains bersepadu tingkatan 5 aku dah kuaq dah).
Cinta ada pelbagai macam jenis. Jangan ingat lauk aje ade macam-macam jenis na. Cinta yang utama pada Allah SWT, cinta pada Rasulullah SAW, cinta pada ibu & bapa, cinta pada suami, makwe, isteri, balak, girlpren, boipren, cinta pada Raja, cinta pada negaraku, cinta pada bangsa, cinta pada agama, cinta pada hobi, cinta pada guru, pensyarah, cinta pada kawan-kawan, cinta pada bos, cinta pada makanan (amboiiii..banyak kali dah sebut pasal makanan ni...),
so, memang benar cinta itu buta tuli sebab cinta memang tidak mengenal sesiapa.
Mengalami kegagalan dalam percintaan bukan perkara yang best. Mana tidaknya, menangis sedozen airmata, rasa down gila, rasa tak der mood, rasa nak marah, hilang semangat, xder selera makan, baling henpon dalam longkang, berkurung dalam bilik...and ada juga yang hilang akal dengan niat untuk membunuh diri, dik non!. Gile ekau...
Sila muhasabah diri. sila sabar. sila sabar. sila sabar...
Nyanyi lagu, sepohon kayu daunnya rimbun ke, lagu pok amai-amai ke, lagu jit-jit semut ke..ha kan best tu. Hilang sikit duka lara croft kan?
Ape-ape pun peribahasa kita hanya mampu merancang, Tuhan Maha Kaya yang menentukan itu benar. Pokoknya sudah tumbang bila tak ada jodoh, move to a new life. Built a new one, belajar dari kegagalan. Usaha tangga kejayaan, bersatu teguh bercerai roboh, maufakat membawa berkat hehehe...!
Tiba-tiba nak masuk ayat takde kena-mengena jap, ape-ape pun Cik Cha sangat puji atlit Malaysia (cinta kepada negara dik non) di Asian Games, semangat membara sangat...kan bagus kalau Cik Cha adalah salah seorang atlit negara...agak-agak korang lah kan sukan apa yang Cik Cha layak?? hahaha...
jeng..jeng..jeng..
*pusat andaman bunge-bunge cinta natasha a.k.a natasha florist*

Masuk sukan gubahan bunga. hakhakhak...hat last bunge pink, kuning, putih itu memang ada cop SIRIM memang buat sendiri. Semuanya recycle u olzz....Gerenti dapat pingat gelang emas putih nih. Yang penting idea mestilah original jangan copycat hat orang laen punya, tak paham gak maksud copycat meh Cik Cha luku kepala sedozen dua. Eh..eh..macam masuk pertandingan gubahan bunga je aku nih. Itu saja entry hari ini, apa Cik Cha nak tulis, Cik Cha punya suka hati, tak suka baca jangan baca. Pada yang suka mengutuk, mencerca, mengata, elok-elok la bertobat. Entah esok lusa Tuhan ambik nyawa ekau...ha..langsung tak sempat minta ampun dan maaf. Giler kot touching & emo dinihari ini..
Salam penuh kasih & sayang dengan serangkap pantun:
kalau ada jarum yang patah, beli yang baru la,
jangan simpan dalam peti cejuk,
kalau ada silap dan salah,
cepat-cepat maaf-memaafi.
T.A.M.M.AT

22 November 2010

Nilai yang bernilai-nilai!

*pink polka-dot yang ceria*

Shopping. shopping. shopping. Itu aktiviti utama kaum perempuan, wanita, siti hawa, girls, ladies, puan, cik, awek, chikaro, makwe dan sewaktu dengannya. Bila cerita pasal shopping. Senyum ekau..hamboi sampai ke telinga  kan?kan?kan?. Sabtu lepas, Cik Cha bersama keluarga telah menjelajah diulangi menjelajah ke Nilai. Haa... terbayang pasu, pokok, bunga, kain, kasut, beg, bangla jual karpet, jam, painting, tudung, barang kahwin, bunga manggar, bunga telur, riben, barang hantaran, gubahan..mak aiii..esok pon tak siap citer antara barang yang ada kat sinun.
Persinggahan demi persinggahan kami singgahi (biar betul tatabahasa hang, tasha)...? Persinggahan pertama:
*kedai perabot jati yang indah*
*produk terbaru di pasaran..lebih berkesan dari fair & lovely muka hang..tak caya try..try..try*
*kedai ini ada pakai tangkal pelaris..tehehehe*
*tehehehehe...minah bunga*
*beli buluh sebagai senjata untuk mengelak dari Orang Minyak..teehehehe*
*hahahahaha. sekali lagi sengih tak nampak gigi*
*berehat sebentar besama kit-kat mihun goreng*
*ketua rombongan meminang ke Nilai*
*lokasi: tepi kapet buluh kedai Mat Ali*
*mom's kitchen gallery yang ada banyak barang cute*
*ok. paling suka itik donald duck yang manis ini*

Nak cerita pun tak abis ye kawan-kawan. Banyak lagi picca u olzz. Takpa lah bubuh yang wajib ja. Lah wajib ler sangat. Tapi kami sekalian kaum keluarga sangat suka dan bergumbira hari itu. (Betul dak pakteh? makteh? makcik? makngah? maklong? mama? adik?) kerana..sebabnya... hari cuti raya haji menyebabkan Nilai yang bernilai-nilai itu lengang, kosong dan tak ramai pengunjung. Hahaha.. semua sakan makan daging korban, kami sakan bershopping. Apa-apa pun. Ini adalah outing yang best. Rugi sapa tak ikut....tehehehe...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...