Iklan

Sharemyloves Geng!

20 July 2016

ENTRY MICHA: Resipi Shell Out homemade paling mudah di donia!

Salam WBT.

Haritu mase besday mama, Micha ber shellout dekat rumah. Kali ni buat kelainan takmo makan-makan dekat luar lagi sebab payah nak handle 3 orang askar wataniah tu. Pengsan dengan peel anak-anak yang nak main sana-sini, berlari-lari, yang buat hal menangis nya. So, kami adik beradik sepakat celebrate besday mama dekat rumah saja.

Tukang masaknya? Tentulah....ALONG depa yang segak ni -.-"

Pikiaq punya pikiaq aku terpikir nak buat homemade shellout sebab yela nak makan kat luar haruslah costly kan? Then the next thing is aku lah jugak tukang beli barang basahnye. Adoiyai memang A to Z buat sendiri ni. Kebetulan pulak hari tu pasar malam dekat Putrajaya so singgah dulu untuk beli barang.

Macam biasa kena ada ketam, sotong, udang, kepah and whatever seafood yang korang nak letak dalam shellout homemade korang tu. Dan jangan lupa jugak sayur-mayor yang korang nak add sebagai salad mase ber shellout nanti :)

Bila aku bukak resipi ramai yang letak jagung tapi oleh sebab mase dekat pasar tu tadek jagung (jagung bako ngan jagung dalam cup je ade) so aku beli asparagus instead of jagung then beli la cherry tomato, daun salad.

Resipi pon takdelah susah mana sangat: (ikut style aku le ye)

Buttercup
Bawang putih
Bawang beso
Halia
Daun kari
Sos tiram
Belacan
Cabai Kering
Udang Kering (rendam sekejap bagi hilang masin)
Kiub pati aya,/secukup rasa
Seafood
Vege
Lemon

Memula rebus cili kering, then blend dengan semua jenis bawang termasuk halia tu. Masukkan jugak belacan dan udang kering. Then tumis guna butter dalam kuali bawang putih, bawang merah and daun kari. Sementara dapo lagi satu korang rebuskan sekejap seafood tadi semua sehingga halfcook. Bila bahan tumis dengan butter tadi dah naik bau, tambah lah bahan blend tadi dan masak lagi sampai pecah minyak, bagi cili betul-betul masak. Then bila dah pecah minyak masukkan lah air sikit, letaklah kiub pati ayam tu sikit, sos tiram sikit, then seafood yang direbus tadi semua kasi amsuk dalam kuali dan sebatikan.

Ikut korang nak keadaan shellout camne, nak berkuah atau kering semua terpulang pada keadaan taste memasing :). Then agak-agak dah masak korang perahkan lemon dalam shellout tadi sebagai penghilang bau hanyir dan secara taklangsung boleh tambahkan perisa shellout korang tu.

Lepas dah masak hidangkan atas meja macam shellout dekat kedai tu jugak baru feeling makan kat Ocean Hauz, walaupon kat rumah je kekdahnye. Senang sikit bila makan kat umah boleh monitar anak di the same time apa yang kita masak tu pun suci, halalan toiyiban hehehehehe. Oh yang nak diet-diet tu boleh try resipi ni, tapi pada sape yang kena makan nasik pon no worries masak jela nasik se pot dua, boleh ghu nasik ngan lauk-pauk shell out tu..

So, tedia lah acara besday mama yang ke-60 disambut dirumah saja. Memang rasa takdek tekanan sebab anak-anak pon bebas berlari, jatuh tersadung, merengek semua dalam ghumah. Nih kalo bawak pi restoran mau orang keliling jelling-jelling kitaorang. Pftttttt! Ok selamat mencuba! Eh lupa habaq ade menu tambahan; kek besday & doyan musang king jugak sponsored by my bro muahahaha. Gemok...gemok! Takpe gemok is awesome!

#shelloutbymicha

dah beli kena bersihkan pulak dah.... -.-"
 
ni mase dah masak siap dah....
 
taraaa...my homemade shellout!
 
kek besday mama yang sedap jugak.
 
 
 
 
 
Musang King ni memang thorbaek. sedap gila babas...... fuhhh!

Okbai!

sharemy
mommycha

19 July 2016

ENTRY MICHA: Resipi kek gebu semudah ABC

Salam wbt.


Sonok kalo dapat bercerita pasal masak-memasak. Share serba sedikit resipi jugak dikira ilmu kan? Nahhhh kali ni kami nak share pasal membuat sejenis kek kesukaan kami yakni marble cake gebu-gebas.


Sumpah gilsssss senang. Tak cayo? Cekidot...


Bahan-bahan:




Kena ikut la bahan tu jgn derhaka resipi tau hampa wey satni bantat kami jugak salah huhuhu. Anyway meh follow step kami supaya kek jadi gebus.


Pertamanya tepung, serbuk penaik tu kena ayak dulu tau. Then putar ovalette (beli dekat kedai kek kalo kat Putrajaya ni dekat Hero pon ada jual) dan telur (ikut step resipi) ini putar sampai gebu dan JANGAN masukkan lagi adunan tepong tadi. Then dah gebu sampai putih adunan tu (ala krim) baru masukkan air and esen vanilla. Pukul lagi dan lagi. After that baru masukkan tepong yang di ayak tadi sedikit demi sedikit. Still guna hand mixer sampai dah sebati (tak perlu gebu sangat) bila dah sebati masukkan minyak then gaul guna senduk saja.


So untuk design kaler apa semua terpulang pada hampa. Kami ikut kaler apa yg ada kat rumah ja. Kalo tadak sangat kaler amek pi la sirap ros buat jdi design merah. Then kalo takmo manis boleh kurangkan sikit gula dalam adunan tu. Yang lain semua follow step dalam resipi. Kot nak buat masa umah terbuka ke... Haaa tayah oder-oder boleh bako sendiri dah 2,3 bijik pelbagai kaler, kan? Pastu boleh jugak nak hantar ke rumah mertua barang sebijik dua. Nescaya jugak mertuo bertambah sayam....


Sekian dari kami untuk hampa. Next kita belajaq cara nak buat kuih seri muka pulak naaaa? Hehe ade brannn ka? Kohkohkoh..

#selamatmencoba


Okbai! 

 
 
Anzalna inspired marble cake :)

pandan marble cake & strawberry marble cake

 
 
 
 
lemon marble cake

 
choc pandan marble cake

 
butter cake


sharemyloves:
mommycha
19.7.2016

18 July 2016

ENTRY MICHA: Rawatan Parut Jerawat/Hilangkan Parut Jerawat Secara Mudah

Salam WBT.

Ada a few kengkawan yang tanya kami haritu buat treatment apa tang muka sampai merah menyala. Heee mai sat nak stori mori in the morning glory. Actually condition kulit kami memang agak "berkawah" teruk. Mungkin sebab dolu-dolu masa zaman anak dara jerawat banyak gila kat muka so as a result nahhhh bila jerawat tarak muncui la lobang kawah yang very the scary mary. Sampai tahap Mikha kenkadang tegoq... "Ma muka ma ada bola!"

Cis kongasam punya anak. Bola dikatanya kawah muka kami. Pffttttt! -.-"

Then bertahun-tahun try & error banyak product muka akhirnya kami terpanggil nak pegi dermatology clinic. Jumpa teruih pakar kulit senang crita. Then gogel punya gogel, kami jumpa satu klinik yang not too pricy. Yelah anyting pasal kecantikan, kekurusan ke, ke glowingan ke, semua mahey wey. Tapi nak cantik punya pasal.....

Klinik Ku namanya. Sebab doc tu nama dia Dr. Ku Masliza, so jadi lah Klinik Ku. Arrgggghh tak kisahlah klinik ku ka, klinik mu ka janji nak jugak buat treatment acne scar yang bak bola ni -.-" After set appointment bagai then tibalah hari yang dinantikan. Berdebo masa consultation dengan doc tu. Mase doc buat skin test dia cakap kulit kami takdek la teruk sangat cuma acne scar tu still bermaharajalela. So dia bagi 3 choices of treatment:

- microneedle
- collagen injection
- lagi satu lupa (bhahahaha nyanyok teruk)

So dia terangkan secara details kat kami each of the treatment. Dia pon cadangkan apa yang sesuai untuk kulit kami tu. Doc suggest microneedle lah since kami takmo direct injection kat muka, kang senget sebelah turun saham kami wey....

Microneedle tu pedia pulak?

"Skin needling, also called microneedling therapy, collagen induction therapy (CIT), and percutaneous collagen induction (PCI), is a minimally invasive skin-rejuvenation procedure that involves the use of a device that contains fine needles. The needles are used to puncture the skin to create a controlled skin injury" tedia kalo gogel itulah maksud microneedle.

Dalam bahasa melayu nya, microneedle treatment ni macam akupuntur la lebih kurang. Ade satu roller yang ade jarum dicucuk ke dalam liang kulit kita untuk masukkan placenta supaya skin baru akan tumbuh dan akan melitupi kawah tersebut. Haaaa gitchew. Tapi treatment ni bukan effect dia la-la tu jugak menjadi, depends on kawah kita. Kalo lagi dalam dan lebar 50kaki persegi maka lagi banyak kali treatment kena buat baru dapat effect yang peloles. Ambooih susahnya nak #letscantik bhahahaha.

Kalo ade orang tanya kat kami sakit dak?

Hmm... jawapan dia. Depends pada tahap kita tahan sakit la. But sebelom process tu doc akan letak numb cream (krim kebas) dekat seluruh muka about 40 mins then baru procedure microneedle akan dibuat. Takde sakit sangat rasa macam kena ketik semut api ja. Betuy wey tak tipu...

Doc akan tuju area yang ada scar je cth: pipi, dahi. Lain bahagian selalunya tak buat sebab banyak sensitive area kat muka kita especially urat di area mata. Dan procedure pon tak lama dalam 20 minit saja. Effect lepas treatment camna pulak? Haaa mai nak habaq efek dia kulit akan jadi merah sebab yela beribu jarum masuk dalam muka kan, dan yang kulit putih tu hampa tayah pakai blusher dapat la blusher free seminggu hahahahaha. Then after treatment muka memang taleh basuh about 3hours so that placenta tu masuk betul dalam liang roma. Product pulak dia suggest guna product clinic yeap I did used it for a months tapi tak best! Bhahahahahha. Then no make up for 4days. #bertabahlah -.-" dah rupa hantu kak limah mak iloi-iloi masok opis takpakai mekap. Huhuhuhu.

Untuk kes Micha, doc suruh buat 4x treatment (next 2 session would be vampire facial) haa yang tu nanti kami cerita kendian. Taktau la nak tokak darah sapa pulak sampai nama vampire, valak bagai nih kihkihkih. Harga package 4x RM1800 (tak termasuk skincare product).

Begitulah cerita nak cantik kami nih. Nak kulit peloles tegang putih trang tang tang penuh dugaan jugok hahahaha. Tapi kami nak segak untuk orang tersayang dan untuk diri sendiri jugak. Jaga bebaik #gelekbuntotmacammariafarida

Beruntung betul sapa yang muka original peloles tu tayah sokmo guna camera filter machiam kami nih. Bhahahahaha!. #jangancarutskami #dahbiasakenakecam


 
ni lah caranya doc buat kat kulit kami aritu...wuhuhuhuhuhu!

before and after treatment
 
merah lagi muka masa ni
 
2nd time treatment
 
kureng merah berbanding 1st treatment aritu
 
haishhh macam hape tahle posing dia nih -.-"


antara alat yang ade di clinic doc


ni haa segala details pasal clinic tu. sape nak try boleh, banyak lagi yang doc ni buat pasal skin-skin ni...call them now!

okbai!

sharemyloves:
mommycha
18.7.2016

FIRST ENTRY: Micha Raya 2016

Salam WBT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Setelah lama jari-jemari kami tak menulis izinkan kami menulis barang sepatah dua di blog using kami. Yesza! Im back for good. Taktahu kenai dak lagi kat kami nih? Kalo belum kenai salam perkenalan na...

Kami mulakan dengan cerita hari raya. Masih dalam mood syawal. Bulan baik hari baik jadi marilah kita bercerita yang baik-baik saja. Mana yang tak baik hat jahat/negatip/antagonis kita tolak tepi.

Hehehehe...

Tahun ni kami tadak insiden bercakaran laki bini sebab balik kampong memang ikut turn masing-masing. Contoh: tahun ni tahun pak hang, so tahun depan tahun mak hang pulak. Gitchew... tak kiralah banjir ka bah ka tsunami ka tetap balik kampong ikut giliran, lebih afdol gitew.

Tahun ni balik kampong nenek shuben kami. Dekat Felda Keratong 2, Pahang. Bukan sikit punya jauh...tapi banyak punya jauh. Sampai line telefon asek connecting saja. Ada hikmah kot line connecting tu, dia suruh kami beramas mesra dengan adik beradik, bukan dok hadap henpon saja kan?

Anyway suasana setiap kampong adalah berbeza. Sana tadak ketupat palas tiga segi buh kacang ka jagung ka dalam tu. Tadak orang serve laksa utara dipagi raya, yang ada masak lodeh, lemang, nasi impit, kuih raya, kepek-kepek. Kami ok jah cuma errmmm tekak tetap mencari ketupat palas tiga segi tu. Tekak Utarian memang camni. Kalo boleh nak hirup kuah laksa sebelanga baru puas hati kot -.-"

Kat umah nenek menu yang dihidangkan adalah satay, rendang ayam pencen, sup tulang, soto and a few more. Meriah ghumah nenek kami. Mercun siang malam berbunyi, anak-anak  kami pulak jakun kemain tengok pelita minyak tanah. Amboi sangat pelita pon jakun.... -.-" pastu bab main bunga api, mercun bawang (pop-pop) tu tak kira lahai sonok kemain. Kami plak terjerit-jerit takut tebakaq tangan ka hapa. Naya dik oi esok nak raya......pffttt!

Kemeriahan raya dekat Felda memang best sebab jiran dekat-dekat so budaya ziarah-menziarahi tu masih ada. Lagi best orang Felda kaya-kaya semua lani rumah banglo dah pon. Bhahahaha. Tu siok pi kutip duit raya ghumah orang kayo nih.

Huhuhu...

Itulah serba sedikit cerita raya kami. Paling eksaited shuben kami la. Al maklom balik kampong dia tu yang sampai eksiden terlanggaq belakang kereta mak dia tu. Hadoilaa withal betulaaa........

Takpa tunggu tahun depan kita melekat pulak dalam jem PLUS 12-13 jam Putrajaya-Parit Buntaq. Boleh terberanak dalam keta camni -.-" 

Hampa semua balik raya mana?

#teamrayarumahmertua



mikayra aeesya a.k.a baby
 
tunggu tetamu mai ghumah toknek
 
kakak mikayla asek la tengok cermin dia
 
haaa buatpa anak dara berdua tu?
 
us
 
Sil, father in law & Mil :)
 
beraya ramai-ramai
 
mikha takde mood langsung adoiyai....

sharemyloves:
mommycha
18.7.2016

14 July 2016

Till we meet again...

Salam WBT.

Lama sungguh tak menulis and I donno whether I am still having the skills to do a write-up (unformal write-up). Insyallah akan ku bangkit dari segala kesedihan, kekecundangan dan teruskan melangkah.


We'll meet again insyallah :)

mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...